Pengenalan Kepada IT

Soalan 1

Soalan A

Mobile Centrino adalah satu teknologi baru yang diperkenalkan oleh Intel didalam penggunaan teknologi komputer mudah alih ataupun dikenali sebagai komputer buku. Dengan konsep fizikalnya yang tipis, ringan, senyap dan jangka hayat bateri yang panjang, ia merupakan satu – satunya teknologi yang paling baik daripada Intel untuk digunakan ke atas sesuatu komputer buku tersebut. Ianya dilengkapi dengan jaringan talian tanpa wayar LAN serta ia membenarkan perkongsian data dengan komputer buku lain tanpa wayar yang dapat menghasilkan prestasi yang optimum bagi sesebuah komputer buku. Para pengeluar computer mudah alih ataupun dikenali sebagai komputer buku, hendaklah meletakkan beberapa komponen utama sebelum komputer buku yang dihasilkan itu menepati spesifikasi komputer buku yang berasaskan teknologi Intel Centrino. Antara komponen – kompenen yang diperlukan bagi memastikan sesebuah komputer buku itu mempunyai ciri – ciri berteknologi Intel Centrino adalah:

1. Intel Pentium M Processor

– sebelum terhasilnya teknologi Centrino, pengeluar komputer buku menggunakan CPU komputer peribadi biasa di dalam memberikan fungsi yang terbaik kepada sesebuah komputer buku tersebut. Tetapi Pentium M Processor ini telah direkabentuk khas bagi penggunaan untuk komputer buku di mana ia dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di samping dapat memberikan prestasi yang terbaik buat sesebuah komputer buku tersebut.

2. Intel 915 Express atau 855 Chipsets

Intel 915 Express atau 855 Chipsets ini juga telah direkabentuk

supaya ia dapat menjimatkan penggunaan tenaga sesebuah

komputer buku tersebut. Ia telah direkabentuk supaya dapat

memberikan prestasi yang optimum disamping penggunaannya

dengan Pentium M Processor. Beza di antara Intel 915 Express

dan 855 chipset ini adalah 915 Express dapat menyokong

penggunaan beberapa komponen yang berteknologi bagu

seperti 533 mhz FSB, Dual Channel Memory dan PCI Express.

3. Intel Pro/Wireless Wireless Network Family

ia merupakan kad jaringan WiFi yang telah direkabentuk untuk

memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih sama ada

mengutamakan prestasi komputer buku terbabit atau memilih

untuk menggunakan kad yang dapat menjimatkan penggunaan

tenaga.

Kelebihan Teknologi Centrino

Bagi pengguna yang mengutamakan prestasi yang optimum dan di samping itu juga ingin menjimatkan penggunaan tenaga komputer buku mereka, teknologi Intel Centrino adalah teknologi yang terbaik untuk dipilih dan digunakan jika mereka ingin membeli sesebuah komputer buku. Komponen – komponen Intel Centrino ini juga telah direkabentuk untuk memberi prestasi yang optimum bagi sesebuah komputer buku dan ia juga telah direkabentuk untuk mengurangkan penggunaan tenaga yang mana ia dapat memanjangkan jangka hayat bateri sesebuah komputer buku terbabit.

Dilengkapi dengan kemudahan jaringan tanpa wayar, komputer buku yang berasaskan teknologi ini sudah semestinya merupakan pilihan tepat bagi pengguna yang perlu menghubungkan diri mereka dengan internet di mana sahaja mereka berada. Dengan kemudahan WiFi, komputer buku mereka boleh dihubungkan dengan internet pada bila – bila masa. Terdapat juga beberapa premis – premis perniagaan yang menyokong aplikasi jaringan tanpa wayar ini seperti di Kafe Starbucks Coffee, Kafe San Francisco Coffee dan beberapa hotel terkemuka.

Kekurangan Teknologi Centrino

Walaupun teknologi Centrino ini boleh dikatakan sebagai teknologi yang terbaik bagi penggunaan sesebuah komputer buku, akan tetapi terdapat beberapa kelemahan di dalam penggunaan teknologi ini. Dengan membenarkan komputer buku berkongsi data dengan komputer buku lain secara tanpa wayar ataupun secara maya, ini memudahkan sesuatu komputer buku itu terdedah kepada penghantaran virus oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab. Virus – virus yang menyerang sistem computer pada hari ini bukan sahaja boleh dihantar melalui computer malahan melalui telefon bimbit juga boleh digunakan sebagai alat penghantaran virus. Walaupun teknologi Centrino ini menyokong beberapa aplikasi anti virus yang terkini dipasaran, akan tetapi bagi seseorang pengguna sudah tentulah tidak mampu untuk membeli perisian anti virus yang terkini kerana sememangnya ia membabitkan kos yang tinggi.

Dengan kemudahan WiFi yang membenarkan pengguna untuk mendapatkan capaian internet secara tanpa wayar, sudah tentu ini dapat memudahkan para pengguna komputer buku terbabit. Akan tetapi harus diingat bahawa teknologi capaian internet tanpa wayar di negara kita masih belum lagi meluas. Di sebabkan masalah ini, penggunaan teknologi capaian internet tanpa wayar di Malaysia agak terbatas.


Soalan B

Front Side Bus ataupun lebih dikenali oleh pengguna dengan nama pendeknya FSB juga boleh dikenali sebagai bas processor atau bas ingatan ataupun bas sistem yang menhubungkan CPU dengan ingatan utama dan ia juga digunakan bagi menghubungkan CPU dengan komponen lain di dalam computer terbabit. Pada hari ini, kebanyakan computer dilengkapi dengan FSB yang dapat mempercepatkan operasi sesebuah CPU computer. Kelajuan FSB boleh di dapati di dalam lingkungan kelajuan 66 MHz, 100 MHz, 133 MHz, 266 MHz dan 400 MHz. Kelajuan ini merupakan keupayaan FSB untuk menghubungkan data yang dihantar oleh CPU ke komponen lain seperti ingatan capaian rawak(RAM).Lebih tinggi kelajuan FSB tersebut maka lebih laju dan tinggi kelajuan pemprosesan dan computer tersebut.

Pada umumnya kelajuan FSB ini boleh ditetapkan oleh pengguna itu sendiri melalui sistem BIOS computer mereka atau menggunakan ‘jumper’ yang terdapat di ‘motherboard’ sesebuah computer itu. Kebanyakan ‘motherboard’ pada hari ini membenarkan pengguna itu sendiri untuk menetapkan tahap kelajuan FSB itu sendiri supaya FSB itu dapat berfungsi dengan baik.


Soalan C

Dengan perkembangan teknologi yang meluas pada hari ini, tidak dinafikan bahawa pengaruh penggunaan kamera digital telahpun meluas di serata dunia. Jurugambar amatur ataupun professional pada hari ini juga secara umumnya menggunakan teknologi kamera digital ini di dalam kehidupan mereka. Terdapat berbagai jenis kamera digital di pasaran yang memberikan pelbagai pilihan kepada pengguna baik dari segi harga, bentuk fizikal dan juga ciri – ciri yang bersesuaian dengan pengguna itu sendiri.

Terdapat beberapa perkara yang dapat mempengaruhi keputusan pengguna sewaktu ingin membeli sesebuah kamera digital. Saya sendiri sebagai seorang jurugambar yang amatur secara amnya akan melihat dari segi saiz dan kemampuan megapixel sesebuah kamera terbabit sebelum membuat keputusan dalam pembelian kamera digital. Megapixel ialah merupakan satu juta titik – titik halus yang digabungkan dari segi warna untuk menghasilkan sesuatu gambar yang di ambil. Lagi tinggi megapixel sesuatu kamera digital tersebut maka lebih tinggilah gambar yang diambil adalah hampir serupa dengan imej sebenar gambar yang di ambil. Sebagai contoh bagi sesebuah kamera digital yang mempunyai 3.1 megapixel ialah sebuah kamera yang dapat mengambil sesuatu gambar dengan resolusi imej lebih kurang 3.1 juta titik halus yang bergabung untuk menghasilkan gambar tersebut.

Saiz ingatan dalaman sesebuah kamera digital itu akan mempengaruhi keputusan saya untuk membeli sesebuah kamera digital. Ini kerana walaupun kebanyakan kamera digital pada hari ini didatangkan bersama kad memori atau kad ingatan luaran, akan tetapi sebenarnya sesetengah kamera digital ini tidak mempunyai ciri ingatan dalaman yang pada asasnya boleh juga digunakan untuk menyimpan gambar. Ingatan dalaman yang disediakan juga boleh bertindak sebagai storan kedua sekiranya kad memori luaran kamera tersebut rosak atau tidak boleh digunakan.

Soalan 2

Soalan A

Panel LCD atau nama sebenarnya Liquid Crystal Display ialah peranti optic yang selalu digunakan bagi memaparkan karektor ASCII dan imej bagi alatan digital seperti jam, kalkulator dan permainan mudah alih.Teknologi panel LCD ini juga digunakan bagi paparan komputer buku, Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu TFT ataupun Thin Film Trasistor dan Pasif Matriks.

1. Panel LCD TFT

– Kelebihan panel jenis ini adalah ia dapat memaparkan imej yang lebih jitu, lawa ,menarik dan paling hampir dengan imej sebenar.Ini kerana pada panel ini terdapat transistor yang terletak pada setiap sambungan pixel di dalam panel ini. Panel ini juga dapat mempercepatkan pergerakan imej seperti penunjuk tetikus, di mana setiap kali tetikus digerakkan maka penunjuk itu akan turut bergerak sama dia dalam paparan panel LCD TFT ini.

Akan tetapi panel jenis ini di dapati sangat mahal di pasaran berbanding dengan LCD pasif matriks. Panel LCD TFT ini juga sering mengalami ralat pixel kerana ia bergantung sepenuhnya terhadap keupayaan pixel bagi memaparkan imej pada skrinnya.

2. LCD Pasif Matriks

– Kelebihan LCD ini ialah ia berupaya menghasilkan kualti warna imej yang lebih tinggi dan baik berbanding dengan LCD TFT. Ini kerana LCD Pasif Matriks ini hanya memerlukan satu system pemproses imej berbanding LCD TFT yang memerlukan jutaan pixel bagi menghasilkan mutu gambar yang lebih tinggi. LCD jenis ini juga adalah murah berbanding LCD TFT di pasaran.Oleh itu bagi pengguna yang tidak mempunyai computer yang berkeupayaan tinggi dan tidak menggunakan sebarang aplikasi yang memerlukan paparan skrin yang berkeupayaan tinggi, LCD Pasif Matriks ini sudah memadai untuk dimiliki.

Walaubagaimanapun, imej yang terhasil dari dari paparan LCD Pasif Matriks ini bergerak dengan lambat. Sebagai contoh penunjuk tetikus yang digerakan, akan tenggelam sehinggalah pergerakan tetikus dihentikan. Kejituan imej yang dipaparkan melalui skrin Pasif Matriks ini juga adalah rendah berbanding dengan paparan skrin TFT kerana skrin TFT mempunyai transistor – transistor yang dapat menyokong pixel – pixel di skrin TFT ini untuk berfungsi dengan baik.


Soalan B

Kaedah pemampatan lossy ialah satu cara pemampatan fail dan penyahmampatan fail yang telah dimampatkan melalui kaedah ini akan mempunyai perbezaan berbanding fail asal sebelum ia dimampatkan. Walaupun terdapat perbezaan di antara fail asal dengan fail yang telah dimampatkan, akan tetapi fail baru ini masih boleh digunakan seperti biasa. Kaedah pemampatan lossy biasanya digunakan bagi fail – fail yang dikongsi di internet seperti fail – fail muzik, aplikasi telefon dan juga fail – fail media berterusan.

Kaedah ini sering sering digunakan kerana apabila fail yang dimuat turun dinyahmampatkan, fail baru ini hanya akan berbeza dari segi tahap bit saiz asal di mana perbezaan ini adalah tidak ketara bagi pengguna biasa.

Fail – fail yang dimampatkan melalui kaedah ini juga adalah bersaiz lebih kecil sekiranya dibandingkan dengan fail yang dimampatkan dengan menggunakan kaedah lain. Oleh sebab itu, banyak fail – fail yang bersaiz besar akan dimampatkan melalui kaedah ini.


Soalan C

Emulator ialah sejenis perisian yang membenarkan program-program tertentu untuk digunakan pada platform sistem operasi yang lain selain dari platform sistem operasi yang telah di tetapkan. Ia berlaku dengan menghasilkan semula ciri – ciri sesebuah komputer ke atas sebuah komputer lain supaya ia boleh menerima data yang sama, melaksanakan program yang sama dan menghasilkan keputusan yang sama dengan komputer yang asal.
Soalan D

Gambarajah Extranet

Organisasi

A

Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP)

Organisasi

Terbuka

Organisasi

Terpilih

Firewall

– Sambungan Internet Biasa

Sambungan Extranet

Extranet adalah rangkaian jaringan peribadi yang melalui serta menggunakan sambungan syarikat pembekal perkhidmatan atau ISP awam. Rangkaian ini adalah merupakan rangkaian yang selamat yang mana ia menghubungan satu organisasi dengan organisasi lain yang terpilih melalui rangkaian extranet ini.Sebagai contoh gambarajah di atas, organisasi A telah mengadakan sambungan rangkaian extranet dengan organisasi yang terpilih seperti pembekal, pelanggan, vendor atau rakan kongsi yang berkepentingan bagi organisasi A. Walaubagaimanapun, organisasi luar yang tidak berada di dalam

rangkaian A masih boleh lagi berhubung secara e-mel atau cara lain dengan organisasi A melalui rangkaian internet biasa.


RUJUKAN

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Main_Page

  1. www.intel.com/products/mobiletechnology/centrino

  1. http://www.socalwug.org/mobile_centrino.htm

  1. http://www.webopedia.com

  1. http://www.guide-to-laptops.com

6. Utusan Malaysia, 2 Februari 2005. Ruangan Megabait, Seksyen 3. Utusan

Publisher Sdn. Bhd.


Soalan 1


Soalan 2

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s