Pengajian Malaysia

1.0 Pengenalan

Pada tanggal 28 Februari 1991, mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamed telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk ‘Malaysia – Melangkah ke Hadapan’. Di dalam kertas kerja ini, beliau telah juga menbentangkan satu rangka kerja dan satu pemikiran mengenai matlamat negara kita, Malaysia untuk menjadi sebuah Negara maju pada tahun 2020. Rangka kerja dan pemikiran ini dikenali juga sebagai Wawasan 2020. Terma atau matlamat untuk menjadi Malaysia maju bukan sahaja terhad dari segi ekonomi, malahan juga ia merangkumi segala aspek kehidupan seperti social, politik, kerohanian, kebudayaan dan kejiwaan.

Tujuan wawasan 2020 ini ialah ingin mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan cara yang tersendiri tanpa terikat kepada cara atau corak negara maju sekarang. Di dalam usaha untuk mencapai wawasan 2020 ini, sebanyak 9 cabaran telah dikenalpasti oleh kerajaan dan ianya perlu diatasi oleh seluruh rakyat Malaysia.Cabaran – cabaran tersebut ialah :

1. Membentuk sebuah Negara bangsa yang bersatu padu;

2. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri;

3. Membangunkan masyarakat demokratis yang matang;

4. Membentuk sebuah masyarakat yang matang dan bersifat toleran;

5. Membentuk sebuat masyarakat yang kukuh moral dan etikanya,serta utuh nilai agamanya;

6. Membentuk masyarakat yang bersifat sains seta progresif;

7. Mewujudkan masyarakat yang berbudi dah berbudaya penyayang;

8. Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya;

9. Mewujudkan masyarat yang makmur.

Kertas tugasan ini akan membincangkan 5 cabaran yang telah digariskan

oleh kerajaan di dalam usaha mencapai matlamat wawasan 2020.


2.0 Cabaran 1:Membentuk Sebuah Negara Bangsa Yang Bersatu Padu

Cabaran bagi membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu ini

memberikan kepada kita definasi bahawa ia merupakan cabaran untuk membentuk satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia yang meliputi seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. Cabaran ini adalah paling yang utama dan paling asas di dalam mengharungi cabaran menuju ke arah negara maju pada tahun 2020. Ini kerana jika tiada perpaduan dan rasa sama rata di bawah naungan satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia, maka segala usaha – usaha yang telah dirancang oleh kerajaan bagi mencapai matlamat wawasan 2020 ini adalah sia – sia.

Tidak ada gunanya jika kerajaan kerap kali menyeru rakyatnya untuk maju ke arah wawasan 2020 sekiranya ia tidak disertai, disokong atau diambil peduli oleh rakyat Malaysia sendiri. Kerajaan telah melakukan berbagai cara di dalam usahanya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju pada tahun 2020. Pembentukan sebagai sebuah negara yang bangsanya bersatu padu adalah satu perkara yang sangat berat dan sukar untuk dilakukan kerana ia boleh menimbulkan ketegangan akibat dari beberapa perkara yang sensitif Sejarah juga menunjukan bahawa pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan sejak dari dahulu lagi. Apatah lagi di dalam pembentukan sebuah bangsa Malaysia, penilitian yang telus perlu dilakukan. Cabaran ini dilihat sebagai satu cabaran yang berterusan kerana setiap kaum di Malaysia ingin mengekalkan identiti mereka yang tersendiri dari masa ke semasa.

Negara yang boleh kita ambil contoh di mana ia dapat menyatupadukan rakyatnya yang berbilang kaum dan suku ialah Indonesia. Jika kita tanya apakah bangsa mereka, sudah tentu mereka menjawab mereka berbangsa Indonesia.

Pihak kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif di dalam usahanya untuk memupuk semangat jati diri dan minat seluruh rakyat untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia menjelang tahun 2020. Antara inisiatif yang diambil ialah dengan memperkenalkan satu sistem persekolahan baru yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Sekolah ini akan mengintegrasikan semua keperluan pendidikan setiap lapisan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum di bawah satu bumbung.

Sekolah wawasan ini merupakan pemangkin utama di dalam usaha kerajaan di dalam melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang dapat hidup aman dan damai tanpa rasa tertindas di dalam arus kemajuan yang ingin dicapai. Inisiatif ini dilihat sebagai satu inisiatif yang sangat kritikal dan penting kerana semangat dan minat untuk menjadi satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia haruslah dipupuk di hati setiap lapisan masyarakat yang tinggal di Malaysia ketika usia mereka masih muda. Bersesuaian dengan pepatah Melayu yang menyebut ‘Melentur buluh biar dari rebungnya’.

Pada hari nii, jika kita melalui kawasan – kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan baru, pasti kita dapat lihat banyak sekolah wawasan ini dibina.Usaha ini dilihat sebagai satu usaha yang berterusan di mana tiada noktah harus diletak untuk diukur kejayaan usaha kerajaan ini. Hanya semangat yang ditunjukan oleh para pelajar di sekolah – sekolah ini boleh kita ambil kira di dalam keberkesanan inisiatif ini.

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menyokong perlaksanaan sekolah wawasan ini. Ini kerana jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak menyokong perlaksanaan ini, maka sia- sia sahajalah usaha kerajaan di dalam usahanya menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju pada tahun 2020. Sokongan yang dimaksudkan ialah dengan menghantar anak – anak kita untuk mendapatkan pendidikan mereka di sekolah wawasan ini. Walaubagaimanapun, masih ada segelintir atau sekumpulan kecil dari masyarakat kita yang masih enggan untuk menerima perlaksanaan sekolah wawasan ini.


3.0 Cabaran 2: Melahirkan Sebuah Masyarakat Malaysia Yang Bebas, Teguh Dan Mempunyai Keyakinan Diri

Cabaran ini dilihat sebagai lanjutan cabaran yang diutarakan terdahulu di

dalam kertas kerja ini. Jika masyarakat Malaysia yang bebas, tegus dan mempunyai keyakinan diri dapat dilahirkan, maka sudah tentu cabaran – cabaran yang digariskan di dalam 9 cabaran ke arah wawasan 2020 ini dapat di atasi dengan mudah. Ini kerana dengan mempunyai masyarakat yang mempunyai keyakinan diri yang tegus dan tinggi, kita sebagai rakyat Malaysia dapat menjadi lebih peka terhadap persekitaran yang boleh mempengaruhi dan sering berubah – ubah di dalam menghadapi pelbagai cabaran baru menjelang tahun 2020.

Lantaran dengan cabaran yang digariskan ini, pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai Program Latihan Khidmat Negara. Program ini dibentuk bagi kumpulan sasaran yang berumur 18 tahun ataupun golongan lepasan SPM. Program ini direka khas dengan mengambil kira usaha kerajaan di dalam meningkatkan keyakinan diri yang teguh di kalangan kumpulan sasar ini, rasa bangga dengan apa yang dicapai serta gagah di dalam menghadapi pelbagai cabaran dan masalah yang bakal mendatang.

Jika kita lihat dengan usia kumpulan sasar bagi program latihan khidmat Negara ini iaitu kumpulan remaja, ia amat bersesuaian kerana pada peringkat usia inilah kebanyakan dari mereka bakal dan akan diajar dengan pelbagai cabaran dari segi fizikal dan mental. Ia penting kerana kebanyakan peserta akan meneruskan segala usaha mereka bagi mencapai cita – cita mereka sama ada menyambung pelajaran mereka ke menara gading atau ada yang ingin terus bekerja selepas persekolahan. Pada peringkat inilah mereka akan menempuhi pelbagai cabaran yang boleh membantutkan usaha mereka di dalam mencapai cita – cita mereka.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia menyokong penuh dengan langkah kerajaan yang dengan memperkenalkan program latihan khidmat negara ini. Melalui program ini, kita bukan sahaja dapat meingkatkan ketahanan minda dan jiwa kita malahan melalui program ini kita dapat menanam sifat cintakan negara kita iaitu Malaysia. Sudah tentu jika saya mempunyai saudara atau anak yang layak menyertai program ini, saya pasti akan menggalakan mereka bagi menyertai program ini. Perkara ini bukan saya seorang sahaja malahan seluruh rakyat Malaysia seharusnya menyokong usaha ini dengan menggalakan remaja – remaja menyertai program latihan khidmat negara ini. Walaupun setelah hamper 2 tahun program ini dilaksanakan, masih lagi terdapat golongan yang mempertikaikan keberkesanan dan kewujudan program ini.


4.0 Cabaran 3: Membentuk Masyarakat Yang Bersifat Sains Serta Progresif

Menurut kebanyakan bahan rujukan yang dirujuk bagi tugasan ini, cabaran ini bukan mengkehendaki rakyat Malaysia supaya menerima dan menggunapakai sains dan teknologi malahan mengkehendaki mereka untuk menjadi penyumbang kepada tamadun teknologi dunia masa kini. Dewasa ini jika kita lihat, bukanlah sukar bagi sesebuah negara untuk menakluk sebuah negara lain. Dengan kemajuan teknologi pada hari ini, hanya dengan menekan satu butang computer sahaja, sesebuah negara itu dapat melancarkan serangan tidak kira dari segi ketenteraan malahan dari segi ekonomi sesebuah negara lain. Disebabkan perkara ini lah , kerajaan kita telah menggariskan cabaran untuk membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif di dalam 9 cabaran ke arah wawasan 2020.

Pelbagai inisiatif telah di ambil oleh pihak kerajaan di dalam membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif. Antara inisiatif yang di ambil ialah membangunkan sebuah bandar pintar yang dikenali sebagai Cyberjaya, pengurangan cukai pendapatan melalui pembelian computer dan juga cadangan untuk menghantar rakyat Malaysia ke angkasa lepas. Pembangunan Cyberjaya ini bersama dengan insfrastruktur yang canggih, kerajaan juga telah mewujudkan satu hub iaitu dikenali dengan Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) yang terletak di antara Cyberjaya dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Syarikat – syarikat yang mempunyai ibu pejabat di koridor ini layak untuk memohon status syarikat MSC yang diberi beberapa keistimewaan baik dari segi kewangan ataupun penempatan pekerja.

Usaha ini dilihat dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk mempelajari sains dan teknologi dengan kemasukan syarikat – syarikat asing yang boleh menawarkan gaji yang lumayan kepada mereka. Dengan ini, hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains dan progresif ini dapat dijayakan. Hasrat kerajaan untuk menghantar angkasawan rakyat Malaysia juga telah mata seluruh rakyat Malaysia tentang betapa seriusnya kerajaan kita di dalam membentuk masyarakat yang bersifat sains & progresif.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menyokong langkah kerajaan ini di dalam membentuk masyarakat yang bersifat sains dan progresif ini. Kejayaan di dalam mengatasi cabaran ini sudah dapat dilihat dengan ramainya anak – anak tempatan yang berkhidmat dan memegang jawatan penting di beberapa syarikat berstatus MSC. Penghasilan beberapa perisian computer yang canggih seperti perisian penentu arah kiblat di angkasa lepas oleh sekumpulan pelajar di University Kebangsaan Malaysia juga dilihat bahawa cabaran ini sedang di atasi dan membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu menjadi penyumbang kepada dunia sains pada hari ini.


5.0 Cabaran 4: Membentuk Masyarakat Berbudi Dan Berbudaya Penyayang

Cabaran ini dipilih untuk dimuatkan di dalam kertas tugasan saya ini kerana

saya beranggapan bahawa cabaran ini juga penting di dalam mengejar matlamat kerajaan untuk menjadi Malaysia maju pada tahun 2020. Di dalam menghadapi pelbagai cabaran di dalam arus pembangunan, kebajikan rakyat dan individu juga harus tidak ketinggalan untuk dipertingkatkan. Sejajar dengan budaya timur yang diterapkan oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia pada hari ini, seharusnya budaya ini perlu diterapkan lagi walaupun Malaysia sedang giat di dalam usahanya untuk menjadi maju pada tahun 2020 agar rakyat Malaysia tidak terikut – terikut dengan budaya barat.

Oleh hal yang sedemikian, bagi mengatasi cabaran ini kerajaan telah mewujudkan satu kementerian khusus bagi memantau dan melaksanakan beberapa langkah di dalam memastikan rakyat Malaysia menerapkan nilai berbudi dan berbudaya penyayang. Kementerian yang dimaksudkan ialah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga yang diketuai oleh Dato’ Shahrizat Jalil. Sebagaimana yang kita tahu, keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat manakala masyarakat adalah asas bagi pembentukan sesebuah negara.

Kesemua kemajuan yang ingin dikecapi dari segi ekonomi, social, kemasyarakatan, teknologi dan kerohanian ini haruslah seimbang agak tidak ada satu pun di antaranya ketinggalan. Pada hari ni, banyak kita baca di akhbar – akhbar tempatan yang melaporkan tentang kerendahan moral dan kurangnya budi masyarakat kita. Kita dikejutkan dengan insiden kes buli di kalangan pelajar sekolah yang menyebabkan kematian seorang pelajar yang tidak berdosa. Di sinilah, kesimbangan dari segi mental dan rohani rakyat harus diseimbangkan agar negara kita maju di samping rakyatnya mempunyai budi pekerti yang tinggi nilainya.

Bermula dengan kempen berbudi bahasa di kalangan kakitangan kerajaan, beberapa langkah telah mula diatur bagi menerapkan nilai berbudi dan berbudaya penyayang di kalangan rakyat Malaysia. Melalui kempen berbudi bahasa ini, kakitangan kerajaan telah dinasihatkan agar lebih mesra kepada pelanggan mereka yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Kempen keluarga penyayang juga diperkenalkan bagi menerap nilai murni dan mesra di kalangan keluarga masyarakat Malaysia. Jika institusi kekeluargaan Malaysia tidak aman bagaimana pula hendak mencapai matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia maju menjelang tahun 2020.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang ingin melihat negara kita maju di tahun 2020 di samping ingin melihat institusi masyarakat kita disegani dengan nilai budi pekerti yang tinggi dan berbudaya penyayang ini haruslah menyokong usaha kerajaan ini. Caranya ialah dengan memulakan usaha – usaha ini dengan keluarga kita sendiri.Ini kerana keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat dan masyarakat adalah asas kepada pembentukan keluarga.


6.0 Cabaran 5: Menjamin Pembentukan Masyarakat Yang Adil Ekonominya

Cabaran ini merupakan cabaran yang besar kerana pengwujudan

masyarakat yang adil ekonominya sangat penting . Ini bagi memastikan supaya Malaysia sebagai sebuah negara maju pada 2020 tidak wujud keadaan di mana ada segolongan rakyat yang tercicir di era kemajuan negara. Cabaran ini mengkehendaki Malaysia agar dapat atau berjaya mengagihkan kekakayaan negara sama adil dan sama rata kepada seluruh rakyatnya. Ini bermakna tidak ada rakyat pun ada merasakan mereka tertindas di sebalik kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia.

Langkah kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara atau

lebih dikenali dengan nama barunya Dasar Wawasan Negara pada Rancangan Malaysia Keenam ini, dilihat sebagai titik tolak kepada keadilan dalam sosio ekonomi rakyat Malaysia ini. Antara sasaran dasar ini ialah pemilikan ekuiti sebanyak 30% oleh bumiputra menjelang tahun 2020.Ini dilihat dapat meningkatkan tahap ekonomi kaum bumiputra sebagai memelihara ketuanan kaum ni di dalam menuju ke wawasan 2020.

Dasar Wawasan Negara ini juga mengkehendaki syarikat – syarikat agar

mempunyai sekurang – kurang 30% dari keseluruhan warga kerja mereka adalah terdiri dari golongan kaum bumiputra. Ini dilihat sebagai satu usaha untuk memperseimbangkan golongan professional di kalangan rakyat Malaysia. Keseimbangan ini dapat menjamin kemajuan dikecapi dapat dirasai oleh setiap orang yang berlainan bangsa di negara kita.

Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak seharuslah mempertikaikan mengenai usaha kerajaan ini, sebaliknya perlulah menggangap bahawa ia merupakan langkah yang terbaik di dalam memperbaiki ketidak-seimbangan yang berlaku selama ini di Malaysia. Saya sendiri bersetuju dengan langkah kerajaan ini kerajaan ini bukan kerana saya adalah kaum bumiputra tetapi atas nama bangsa Malaysia yang ingin melihat kestabilan ekonomi dan social dapat dikekalkan walaupun setelah Malaysia digelar sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020.


7.0 Rumusan

Jika kita lihat, Wawasan 2020 ini bukan satu wawasan yang

mementingkan hanya mementingkan kemajuan negara sahaja malah ia juga mementingkan kemajuan insaniah di kalangan rakyatnya sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang dan berbudi di samping ingin mewujudkan masyarakat yang berteraskan sains.

Ini jelas menunjukan komitmen kerajaan yang juga mementingkan elemen kemanusiaan di dalam mengejar arus kemajuan negara. Wawasan 2020 ini bukanlah omongan kosong sahaja tetapi ia harus menjadi cita – cita setiap lapisan masyarakat Malaysia. Melalui merekalah, impian untuk melihat Malaysia sebagai negara maju dapat direalisasikan.


8.0 Rujukan

1. http://www.pmo.gov.my

2. http://www.dapmalaysia.org

3. http://www.ppk.kpm.my

4. http://www.malaysiatoday.com

5. http://www.ikim.gov.my

6. Modul Pengajian Malaysia LAN1303 Open University Malaysia

7. http://groups.msn.com/MalaysiaWawasan2020/wp.msnw

2 Comments

Filed under Uncategorized

2 responses to “Pengajian Malaysia

  1. norazlina zaidin

    assalamualaikum cikgu bad…saya ni student dps sem 2..saya nak cri maklumat tentang pengajian malaysia untuk final exam…tapi tak ada pun?

  2. norazlina zaidin

    assalamualaikum….cikgu,saya tak dapat nak cari maklumat tentang pengajian malaysia tu..kat mana benda tu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s