CBDA 2103 – Data Aanlysis and Modelling

Soalan 1

Soalan 1

A) Kedai Buku Al-Amin ialah sebuah kedai buku yang menjual buku – buku teks dan latihan tambahan bagi pelajar sekolah rendah menengah di Kuala Lumpur. Walaupun kedai ini telah dibuka 10 tahun lalu, namun kedai buku Al-Amin masih lagi menggunakan konsep fail biasa di dalam menguruskan segala data dan maklumat mereka. Kelemahan konsep fail biasa yang diamalkan oleh kedai buku Al-Amin telah dikenalpasti. Antara kelemahan – kelemahan konsep fail ini ialah:

1. Pengulangan Data

Sebagai sebuah kedai buku yang menjual segala keperluan buku sekolah bagi pelajar sekolah dan menengah, masalah pengulangan data ini merupakan masalah yang paling utama. Ini kerana sebagai sebuah kedai yang menjadi tumpuan bagi pelajar dan juga ibubapa di dalam mencari buku teks dan buku latihan tambahan bagi keperluan anak mereka, sudah tentu kedai buku Al-Amin akan berurusan dengan banyak syarikat penerbitan buku. Setiap tahun, sudah tentu syarikat-syarikat penerbitan ini akan menerbitkan buku – buku teks dan latihan yang baru di dalam memenuhi keperluan pembelajaran pelajar. Dengan masalah pengulangan data ini, fail bagi sesebuah syarikat penerbitan berkemungkinan akan dibuka beberapa kali dalam sesuatu tempoh. Pekerja yang baru bekerja juga akan mendapati bahawa untuk mencari sesuatu fail syarikat penerbitan tidaklah mudah sekiranya pekerja yang lama telah pun berhenti kerja. Sekiranya ada, kemungkinan format fail – fail berkenaan tidak seragam akibat kemungkinan syarikat penerbitan ini difailkan oleh beberapa individu yang berasingan. Masalah ini juga berkemungkinan timbul bagi fail – fail seperti fail pelanggan, buku dan sebagainya.

2. Pengasingan Data

Maklumat mengenai sesuatu buku, pelanggan ataupun syarikat penerbitan juga sukar dikemaskinikan. Maklumat seperti edisi buku yang terbaru dan pembayaran yang dibuat kepada syarikat penerbitan juga sukar dikemaskinikan kerana kemungkinan terdapat dua fail yang berlainan dan disimpan di tempat yang tidak sama. Maklumat mengenai pembayaran yang telah dibuat kepada syarikat penerbitan kemungkinan di simpan oleh jabatan kewangan.

3. Kesukaran mewakilkan data organisasi

Maklumat yang tepat mengenai prestasi jualan tahunan atau bulanan bagi kedai buku Al-Amin juga sukar diperolehi kerana maklumat yang diperlukan disimpan oleh beberapa jabatan yang lain. Kaitan atau perhubungan yang berbeza antara fail – fail yang disimpan boleh menyebabkan maklumat yang didapati sukar untuk difahami.

4. Penggunaan ruang storan yang besar

Akibat dari penggunaan konsep fail biasa, kedai buku Al-Amin telah

menggunakan ruang storan yang besar bagi menyimpan fail-fail maklumat mengenai perjalanan operasi perniagaan seharian kedai mereka. Sekiranya mereka menggunakan system pengkalan data sudah tentu ia menjimatkan tempat, dan tempat yang digunakan untuk menyimpan sebelum ini boleh dijadikan tempat untuk menambah ruang buku untuk jual.

B) Sebagai sebuah kedai buku yang sering dikunjungi oleh ibu bapa dan para pelajar di dalam untuk mendapatkan buku keperluan mereka, ia amatlah penting bagi kedai buku Al-Amin untuk mempunyai satu system pengkalan data yang teratur. Ini kerana ia dapat memudahkan carian maklumat oleh pelanggan dan juga untuk pekerja kedai buku Al-Amin sendiri. Ini kerana segala kelemahan – kelemahan yang terdapat di dalam konsep fail biasa dan ditangani. Walaupun pada dasarnya kos untuk menyediakan system pengkalan menelan kos yang agak besar, walaubagaimana ia berbaloi terutama bagi menjadikan kedai buku Al-Amin sebuah kedai buku yang terkenal di atas kemudahan carian maklumat oleh pelanggan mereka.

Kebarangkalian berlaku pengulangan data seperti di dalam penggunaan konsep fail biasa juga dapat dielakkan data dan maklumat akan disimpan di dalam satu lokasi sahaja. Penggunaan ruang juga dapat dijimatkan kerana segala data dan maklumat hanya akan disimpan di dalam sebuah komputer atau pelayan. Masalah untuk pengemaskinian data atau maklumat juga dapat dielakkan kerana segala maklumat bagi setiap pelanggan, buku dan syarikat penerbitan hanya akan disimpan di dalam satu lokasi sahaja. Data dan maklumat yang dijana melalui pengkalan data juga adalah lebih tepat dan konsisten kerana semua data akan dikemaskinikan dengan sekali sahaja.


C)

ENTITI

ATRIBUT

1) Buku

No_SiriBuku *

Tajuk_Buku

2) Pelanggan

No_KP*

Nama

3) Sykt_Penerbitan

ID_Sykt*

Nama_Sykt

* – attribute kunci bagi entity.

Soalan 2

Pesawat

Penyata Bulanan

Akaun Penerbagan Tetap

Penaja

Pelanggan

Aktiviti

Penerbangan

IDPesawat

Tarikh

IDPelanggan

Keterangan

Servis Kelas

NoAkaun

NamaPesawat

Penempahan

Nama

LevelTajaan

NamaSyarikat

NoPenerbangan

Tarikh

IDAP*

BakiAkaun

Tarikh

Jumlah Perjalanan

Saiz Enjin

Masa Penerbangan

Alamat

JumlahPTetap

TarikhDaftar

IDSyarikat

Kapasiti Penumpang

Aktiviti Penerbangan

Aktiviti Sampingan

Status

JumlahPTambahan

Papar

Lapor

Lapor

Rekod

Taja

ada

ada

Rekod

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s