BBPK 1104 – Financial Accouting

Soalan 1

A) i. Terdapat 4 prinsip perakaunan yang penting. Prinsip – prinsip tersebuat ialah:

  1. Prinsip Kos Sejarah

Di dalam prinsip kos sejarah ini, sumber perniagaan seperti bangunan atau kelengkapan akan direkod berdasarkan kos asal sewaktu perolehan ataupun pembelian. Sebagai contoh seorang peniaga memulakan perniagaan beliau dengan membeli sebuah tapak perniagaan iaitu bangunan 2 tingkat pada harga rm100,000 pada tahun 2000. Pada tahun 2005, beliau telah memanggil jurunilai bangunan untuk menilai harga semasa asset beliau termasuk bangunan yang dibeli dan mendapati bahawa nilai semasa bangunan ini ialah RM150 000. Walaupun dapat kita lihat kenaikan sebanyak RM 50 000 pada nilai bangunan tersebut, akan tetapi peniaga tersebut haruslah merekod nilai bangunan itu pada harga asal pembeliannya iaitu RM 100 000.

  1. Prinsip Pengiktirafan Hasil

Prinsip ini menerangkan mengenai panduan bila dan bagaimana untuk kita hendak mengiktiraf sesuatu hasil. Terdapat 3 keadaan yang harus dipatuhi sebelum sesuatu hasil itu dapat diiktiraf iaitu:

1. Peniaga atau penjual hendaklah menyediakan produk ataupun perkhidmatan untuk dijual bagi mendapatkan hasil dari penjualannya.

2. Jumlah perolehan hasil mesti boleh diukur dengan tepat dan objektif

3. Kutipan tunai untuk hasil ini dapat dilakukan dengan sepenuhnya

Mengikut prinsip ini terdapat 3 cara hasil diiktiraf iaitu:

1. Titik Jualan – keadaan di mana hak milik sesuatu barangan atau produk bertukar daripada penjual kepada pembeli tanpa mengira sama ada tunai sudah diterima ataupun belum. Contohnya ialah pembelian sebuah jam tangan melalui kad kredit, di mana pembeli sudahpun membelinya melalui pembayaran kad kredit. Walaupun duit hasil jualan ini belum diterima oleh peniaga akan tetapi jam itu sudah pun bertukar milik.

2. Kaedah Peratusan Siap – melalui kaedah ini, hasil hanya akan diiktiraf melalui peratusan barangan atau produk itu berjaya disiapkan. Kaedah ini sering digunakan di dalam sector pembinaan kerana tempoh masa sesuatu projek itu akan mengambil satu tempoh yang panjang. Contoh hasil bagi sesuatu projek perumahan itu hanya akan dikira melalui peratusan projek itu siap dibina. Sekiranya projek itu hanya disiapkan sebanyak 20% peratus sahaja, maka hasil akan diiktiraf mengikut peratusan 20% sahaja.

3. Kaedah penerimaan tunai – kaedah ini hanya akan mengiiktiraf sesuatu hasil ituh apabila tunai diterima. Contohnya ialah pembelian ubat gigi dari kedai runcit. Tunai yang diterima oleh pekedai itu akan diiktiraf kerana urusniaga tersebut dijalankan secara tunai.

3. Prinsip Pemadanan

Prinisp ini akan memadankan belanja ataupun usaha yang dikeluarkan dengan hasil atau jualan yang diterima. Segala keuntungan atau kerugian sesuatu perniagaan dapat ditentukan melalui prinsip ini. Sebagai contoh, sebuah syarikat pembinaan akan memadankan jumlah belanja untuk menyiapkan sebuah dari termasuk dari segi bahan mentah dan upah pekerja dengan harga jualan rumah tersebut. Jika hasilnya lebih dari belanja yang diterima, maka keuntungan akan dicatatkan.

4.Prinsip Pendedahan Penuh

Prinsip ini menekankan supaya semua maklumat mengenai perakauanan sesuati entity itu supaya didedahkan dengan sepenuhnya di dalam penyata kewangannya. Dengan pendedahan ini, ia akan membantu pengguna untuk membuat keputusan dengan baik. Sebagai contoh, jika syarikat itu ingin menerbitkan saham untuk dibeli oleh orang awam, segala maklumat sama ada syarikat itu rugi atau untung hendaklah didedahkan kepada orang ramai di dalam prospectus saham tersebut

ii) Terdapat beberapa kesan yang mungkin timbul jika prinsip ini tidak dipatuhi. Antara kesan – kesan yang mungkin timbul ialah:

1. Maklumat perakaunan tidak tepat. Ini kerana segala kos yang telah dikeluarkan tidak direkodkan pada harga asal pembelian.

2. Keuntungan syarikat tidak dapat ditentukan akibat tiada pemadanan terhadap perbelanjaan dengan kos jualan dibuat.

3. Keuntungan syarikat bersifat atas angina kerana hasil jualan masih belum diterima jika prinsip titik jualan dipakai.

4. Pelabur berasa tertipu akibat segala maklumat tidak didedahkan sepenuhnya oleh syarikat.


B) Proses perekodan terdiri dari 3 langkah iaitu penjurnalan , pindah catat ke lejar dan imbangan duga. Maksud ketiga – tiga langkah ini ialah:

1. Penjurnalan

ia merupakan buku catatan yang pertama digunakan di dalam proses perekodan. Urusniaga yang terlibat akan direkodkan mengikut susunan tarikh. Ia amat penting kerana penjurnalan ini akan memastikan bahawa setiap urusniaga direkodkan. Melalui penjurnalan ini, kita dapat memastikan bahawa tiada urusniaga yang tertinggal yang boleh menyebabkan akaun entity tidak seimbang. Terdapat dua jenis penjurnalan iaitu:

a. Jurnal Am

-Ia digunakan untuk merekod semua jenis urusniaga

seperti jualan, belian, penerimaan dan pembayaran

tunai.

b. Jurnal Khas

-Jurnal ini diwujudkan bagi mengelakkan kekeliruan

akibat terlalu banyak catatan di dalam jurnal am

terutama bagi entity yang besar. Contoh jurnal belian

(untuk merekod segala urusniaga belian) dan jurnal

jualan (untuk merekod segala urusniaga jualan).

2. Pindah catat ke lejar

Ia adalah proses memindahkan urusniaga yang terdapat di jurnal ke lejar. Ia akan menentukan jenis – jenis akaun yang terlibat semasa urusniaga direkodkan semasa penjurnalan. Sebagai contoh di dalan jurnal am, modal direkodkan sebanyak rm30 000. Semasa dipindah catat ke lejar, 2 lejar akan diwujudkan iaitu lejar tunai sebanyak RM30000(debit) dan lejar modal RM30000(kredit).

3. Imbangan Duga

Ia menyenaraikan semua akaun yang telah dilibatkan beserta dengan baki masing – masing pada tarkh tertentu. Ia disediakan pada akhir tempoh perakaunan tertentu yang merekodkan julam kredit atau debit yang seimbang. Tujuan utama imabgan duga ialah untuk memastikan jumlah baki debit dan kredit adalah sama. Walaupun imbangan duga seimbang tetapi kesilapan boleh berlaku seperti:

a. urusniaga tidak direkodkan langsung semasa penjurnalan

b. urusniaga tidak dipindahcatat ke lejar

c. urusniaga dipindahcatat ke lejar sebanyak dua kali

d. penggunaan akaun yang salah sewaktu penjurnalan dan pindah catat ke lejar.


C) Cara untuk mengesan kesilapan dalam proses perekodan adalah:

1. Pindah catat ke lejar

Melalui kaedah ini, perekod dapat mengesan kesilapan apabila data yang dipindahkan ke lejar, beberapa lejar yang tidak seharusnya dibuka telah dibuka semasa perpindahan ini.Pembukaan lejar ini disebabkan oleh urusniaga yang tidak terlibat. Jika terdapat lejar yang terlebih atau kurang dibuka, maka perekod dapat mengetahui bahawa rekod telah mengalami kesilapan.

2. Imbangan duga

Melalui kaedah ini, kesilapan dapat dikesan apabila jumlah kredit dan debit tidak seimbang. Perekod harus merujuk semula kepada jurnal am yang dibuat terlebih dahulu.


D) Perniagaan terdiri daripada 3 bentuk. Ketiga – tiga bentuk ini adalah:

1.Perniagaan tunggal

Pernigaan jenis ini ialah perniagaan yang dimiliki oleh seorang sahaja pemilik. Kebannyakan perniagaan jenis ini bersifat kecil dan tidak melibatkan entity yang besar.

2. Perkongsian

Perniagaan jenis ini melibat 2 hingga 20 pemilik di dalam sesuatu syarikat perniagaan. Para pemilik syarikat jenis ini akan mempunyai pecahan pemilikan perniagaan. Sebagai contoh Ali mempunyai kepentingan 50% di Syarikat ABC, Hasan 30% dan Abu 20%. Keuntungan syarikat akan dipecahkan mengikut pecahan kepentingan pemilikan syarikat jenis ini.

3. Syarikat

Perniagaan jenis ini biasanya melibatkan entity yang sederhana besar. Perniagaan jenis ini harus mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kebanyakan syarikat jenis ini menerbitkan saham bagi menyuntik modal bagi operasi syarikat. Saham-saham ini boleh dilanggani oleh orang awam jika ia dibuka untuk terbitan awam ataupun dilanggani sendiri oleh pemilik syarikat. Sebagai contoh Tenaga Nasional Berhad di mana sahamnya boleh dilanggani oleh orang awam di Malaysia.Terdapat 2 jenis syarikat iaitu sendirian berhad iaitu terdiri dari 2 hingga 50 pemegang saham dan syarikat berhad iaitu terdiri daripada 2 hingga tiada had pemilik saham.

Di antara ketiga – tiga jenis perniagaan di atas, perniagaan Syarikat paling diberi penekanan menyediakan pelaporan kewangan yang lengkap kerana pemilikan Syarikat jenis ini melibatkan ramai orang. Sebagai contoh Tenaga Nasional Berhad, walaupun ia merupakan syarikat berkaitan kerajaan, akan tetapi orang awam juga mempunyai hak ke atas pemilikan syarikat ini menerusi saham terbitan yang dilanggani oleh mereka. Oleh itu, segala laporan kewangan hendaklah disediakan lengkap bagi memastikan tiada penipuan atau penyelewengan berlaku di dalam operasi syarikat.


E) Fungsi penyata aliran tunai ialah ia melaporakan semua penerimaan dan pembayaran tunai yang buat atau diterima oleh sesebuah entity bagi sesuatu tempoh tertentu. Ia penting kerana ia akan mencatat segala tunai yang masuk ataupun keluar. Melalui penyata ini, pengguna boleh mengetahui dari mana sumber tunai didapati dan mengapa tunai dikeluarkan atau dibelanjakan. Mengikut prinsip pengiktirafan hasil, 3 keadaan perlum dipatuhi sebelum hasil diikitraf. Antara keadaan itu ialah kitpan tunai pasti dapat dilakukan. Melalui penyata alirang tunai ini, tunai yang diterima melalui penjualan sesuatu produk itu boleh diiktiraf kerana hasil yang diterima telah pun direkodkan di dalam penyata ini.


Soalan 2

A .Asas akruan ialah hasil atau belanja yang diiktiraf oleh entity dalam tempoh tertentu tanpa mengira sama ada hasil tunai telah diterima atau belum. Asas tunai pula ialah hasil atau belanja yang hanya akan diiktiraf apabila penerimaan atau pengeluaran tunai telah dilakukan. Konsep asas akruan ini sesuai digunakan apabila entity mempunyai banyak urusniaga sama ada penerimaan atau pengeluaran yang bersifat atau bertempoh panjang iaitu lebih dari satu tahun. Asas tunai pula sesuai digunakan jika entity melakukan banyak urusniaga yang melibatkan amaun yang kecik dan bersifat jangka pendek. Catatan pelarasan adalah perakaunan tambahan yang direkodkan pada akhir tempoh perakaunan untuk memadankan hasil dan belanja dengan tepat. Ia diperlukan bagi akaun asas akruan kerana asa akuan ini melibatkan hasil dan belanja yang telah diiktiraf oleh entity sedangkan hasil atau belanja masih belum dibuat sepenuhnya. Oleh sebab inilah makan asas akruan amat penting bagi memastikan akaun sesuatu entity itu betul dan tepat.

B (i) Belanja Prabayar – ia merukan perbelanjaan yang telah dibayar dahulu dengan tunai tetapi hasi atau manfaatnya masih belum diterima. Sebagai contoh pembayaran premium insurans, walaupun pelanggan membayarnya setiap bulan tetapi manfaat dari pembelian premium insurans ini masih belum diterima selagi tidak ditimpa kemalangan. Ia merupakan asset kepada entity.

(ii) Belanja Susutnilai – ia adalah peruntukan kos terhadap asset jangka panjang seperti bangunan, kelengkapan atau kenderaan kecuali tanah. Ia merupakan belanja di sepanjang hayat asset ini. Ia merupakan liabili kepada entity.

(iii) Hasil belum terpeoleh – merujukk epada tunai yang telah diterima dahulu tetapi barangan atau perkhidmatan masih belum diberikan. Ia merupakan liability kepada entity perniaggan. Tunai yang telah diterma belum boleh diiktiraf sebagai hasil selagi barangan atau perkhidmatan belum lagi diberikan.

(iv) Belanja Terakru – ia merujuk kepada perbelnajaan yang terlah dilibatkan atau telah dibuat tetapi kosnya masih belum dibayar kerana tidak berlaku aliran keluar tunai dari entity perniagaan tersebut. Ia merupakan liability kerana wujud kos yang perlu dijelaskan oleh entity. Belanja terakru ini perlu direkodkan oleh entity walaupun tidak berlaku aliran tunai pada akhir tempoh perakaunan. Contoh bagi belanja terakru ialah gaji belum bayar dan sewa belum bayar.

(v) Hasil Terakru – merujuk kepada hasil yang telah diperoleh tetapi tidak berlaku sebarang aliran masuk tunai ke dalam entity perniagaan. Ia berlaku apabila produk atau perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelanggan, tetapi pelanggan masih belum membayarnya di mana bayarannya akan dilakukan pada masa hadapan. Contoh hasil terakru ialah faedah yang belum diterima atau hasil sewa belum terima

Kesan terhadap kedudukan kewangan sesuatu entity ialah kedudukan kewangan entity tidak seimbang. Ini kerana sepatutnya, pada akhir tempoh kewangan sesuatu entity tersebut terdapat beberapa belanja atau hasil yang masih belum diterima atau dibuat. Ini boleh menyebabkan lebihan atau kekurangan tunai di dalam entity tersebut di mana lebihan atau kekurangan ini tidak di dapati atau diperoleh semasa penyediaan laporan kewangan syarikat.

C (i) Aset ialah sumber ekonomi yang boleh mendatangkan manfaat kepada entity pada masa hadapan. Aset semasa ialah asset yang dikangjakan akan ditukar atau ditebus kepada tunai atau akan digunakan dalam tempoh setahun kitaran operasi sesuatu entity. Kitaran operasi merujuk kepada tempoh masa yang di ambil oleh sesebuah entity perniagaan untuk memungut Akaun Belum Terima, menjual invetori atau menukarkan akaun belum terima kepada tunai. Contoh asset semasa ialah tunai, pelaburan sementara, inventori dan belanja prabayar. Aset jangka panjang pula dikenali juga sebagai asset tetap. Ia merupakan asset yang boleh digunakan dalam perniagaan untuk tempaoh yang agak panjang iaitu melebihi tempoh satu tahun. Aset jangka panjang ini terdiri daripada:

1. Aset Tetap- contoh seperti loji, bangunan dan peralatan. Ia mempunyai bentuk fizikal dan sering digunakan.Ia perlu disusutnilaikan kecuali tanah.

2. Aset jangka panjang lain – terdiri daripada pelaburan jangka panjang atau perbelanjaan yang dihantar ke hadapan

3. Aset tidak ketara/nyata – ialah asset yang tidak mempunyai cirri fizikal yang nyata seperti paten rekacipta dan francais.

Liabiliti merupakan tanggungan bagi sesebuah entity perniagaan. Pihak pemiutang atay entity perniagaan lain yang mempunyai hak tuntutan terhadap perniagaan tersebut. Ia terbahagi kepada dua iaitu:

1. Liabiliti semasa – merupakan tangunggan yang dijangka akan dibayar dengan menggunakan asset semasa atau dengan mewujudkan libiliti semasa yang lain dalam tempoh setahun. Contoh liability semasa ialah pinjaman bank, item belum bayar, hasil belum terpeoleh dan bahagia semasa dalam liability jangka panjang.

2. Liabili jangka panjang – merupakan tangunggan yang tidak akan dapat dibayar dalam tempoh setahun. Contohnya nota belum bayar, pinjaman antara syarikat dan pinjaman bercagar.

(ii) Dengan mengasingkan item – item semasa dan jangka panjang ini, ia akan memudahkan pengguna untuk mengagak peruntukan perbelanjaan atau penerimaan yang bakal dibuat atau diterima bagi sesuatu tempoh perakaunan entity tersebut.

D. Dua kaedah tersebut ialah

1. Kaedah perbadingan modal awal dan akhir

melalui kaedah ini, formula yang digunakan ialah modal akhir dan ambilan akan ditolak dengan modal awal dan modal tambahan entity tersebut.

2. Kaedah analisis

Ia melibatkan analisis semua urusniaga yang berkaitak dengan jualan, belian dan belanja perniagaan bagi satu jangka masa tertentu. Kaedah analisi ini dapat dilakukan dengan 3 cara iaitu:

1. Pengiraan jualan dan belian

2. Analisis buku tunai

3. Analisi belanja

E. Pada pendapat saya, kaedah terbaik dan sesuai untuk digunakan adalah dengan menggunakan kaedah analisi. Ini kerana melalui kaedah ini, segala urusan belian, jualan dan belanja perniagaan direkodkan. Ini dapat memastikan bahawa tiada urusniaga yang tertinggal.


RUJUKAN

1. Perakaunan Kewangan (BBPK 1104), Open Universiti Malaysia

2.

2 Comments

Filed under Uncategorized

2 responses to “BBPK 1104 – Financial Accouting

  1. oli

    tak perlu bt la
    masuk nota gi ni saja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s