BBMM 1103 – Marketing Management

1.0 Ringkasan Eksekutif

Syarikat Perusahaan Otomobil Malaysia atau dikenali dengan PROTOM telah ditubuhkan pada tahun 2005 dengan berbekalkan modal yang diluluskan sebanyak RM50 juta. PROTOM merupakan syarikat pengeluar kereta nasional keempat selepas Proton, Perodua & Naza. Penubuhan PROTOM ini adalah bertujuan untuk memberi kelainan dan pilihan kepada rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang lapisan masyarakat untuk memilih kereta jenis mini MPV keluaran PROTOM sebagai pilihan mereka.

Visi PROTOM:

“berazam untuk menjadi pengeluar dan pengedar utama kenderaan mini

MPV di Malaysia dalam tempoh 10 tahun.”

Misi PROTOM:

“PROTOM akan berusaha meningkatkan kualiti dari segi produk,

perkhidmatan pelanggan dan tenaga kerja dari masa ke semasa di dalam

memastikan PROTOM terus unggul bersaing di dalam industri permotoran

di Malaysia.”

Pelan pemasaran ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan seterusnya memasarkan produk sulung PROTOM iaitu kereta jenis mini MPV iaitu KNAS. KNAS merupakan mini MPV pertama PROTOM yang menggunakan teknologi VVTi dan berkuasa 1 liter merupakan pilihan terbaik bagi rakyat Malaysia yang mengutamakan penjimatan petrol dalam pemanduan.


2.0 Pengenalan

Kenderaan jenis mini MPV mula memasuki pasaran tempatan pada tahun 1997 apabila ketika itu Perodua mula memperkenalkan model Kenari. Semenjak itu, maka mulalah satu segmen pasaran otomobil terbaru di Malaysia yang mula mendapat tempat di dalam pasaran kenderaan penumpang Malaysia iaitu mini MPV. Contoh mini MPV yang sudah berada di pasaran tempatan hingga ke hari ini ialah Honda Jazz,, Proton Savvy, Chevrolet Aveo, dan Perodua MyVi dan Kenari.

Beza mini MPV dan MPV biasa ialah mini MPV hanya memiliki 5 tempat duduk sedangkan MPV biasa mempunyai 7 atau lebih tempat duduk dan kebiasaannya mempunyai kapasiti yang lebih besar. Kenderaan jenis mini MPV ini mula mendapat perhatian rakyat Malaysia dari segi rekabentuknya yang sporti danbergaya dan harganya yang berpatutan. Ini dapat dibukti dengan peningkatan jumlah jualan kereta jenis penumpang kepada 380 568 buah pada tahun 2004 berbanding 320524 pada tahun 2003.


3.0 Analisis Persekitaran

Dengan peningkatan trend jualan kereta jenis penumpang di Malaysia dengan ketaranya sejak 5 tahun lalu, dapat dibuat kesimpulan bahawa permintaan terhadap keperluan rakyat Malaysia untuk memiliki sekurang – kurangnya sebuah kenderaan peribadi bagi setiap keluarga meningkat meskipun pihak kerajaan telah menyediakan berbagai prasarana di dalam memastikan tidak ada golongan rakyat yang diabaikan di dalam arus pembangunan negara. Ini mungkin disebabkan beberapa factor yang menggerakkan atau mencetus minat untuk mereka memiliki kenderaan mereka sendiri.

Antara factor – factor berikut ialah factor geografi di mana banyak kawasan penempatan baru di buka bagi menampung kepadatan penduduk di kawasan bandaraya seperti Kuala Lumpur. Kawasan baru seperti di Nilai dan Sepang sebagai contohnya sudah tentu, memerlukan penduduknya untuk memiliki kenderaan sendiri terutama di saat berlaku kecemasan.

Faktor pakej kewangan dan pinjaman yang menarik juga secara tidak langsung menjadi factor utama di dalam menggerakkan minat rakyat Malaysia untuk memiliki kenderaan mereka sendiri. Faedah serendah 2.5% dan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun sudah tentu tidak akan membebankan rakyat.

Dengan rekabentuk yang kecil di luar tetapi luas di bahagian dalam, sudah tentu kereta jenis MPV bersesuaian dengan citara rakyat Malaysia. Ini kerana rata – rata penduduk Malaysia mempunya saiz keluarga yang terdiri dari 3-4 orang satu keluarga.

Dengan keadaan jalan raya di Malaysia yang sempit dan sesak serta keadaan tempat letak kereta yang kecil dan sukar terutama di kawasan Bandar – Bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Baru, maka kereta jenis mini MPV amat sesuai untuk digunakan. Golongan wanita khasnya di dapati lebih berminat di dalam memili kereta jenis mini MPV ini.

Kebanyakan syarikat pengeluar kereta mini MPV di negara ini mensasarkan golongan berpendapatan sederhana sebagai sasaran jualan mereka. Ini dapat digambarkan dengan harga pasaran keluaran mereka iaitu dari RM40 000 hingga ke RM100 000.

3.1 Persaingan Sedia Ada

Terdapat beberapa buah syarikat pengeluar kereta yang sudah berada lama di pasaran tempatan seperti Proton, Honda dan Perodua kecuali Chevrolet. Semua syarikat ini kecuali Perodua pada amnya hanya lebih cenderung di dalam memasarkan keluaran yang lebih besar seperti MPV. Hanya dengan pemintaan pasaran sekarang, barulah syarikat – syarikat ini mula memperkenalkan produk keluaran mereka yang berciri mini MPV.

Dari segi harga jualan pula, kebanyakan syarikat ini menetapkan harga keluaran mereka lebih dari RM40000 – RM 60000 kecuali Honda Jazz yang berharga RM95000 – RM105000. Di sini dapat dibuat kesimpulan bahawa kumpulan sasar pembeli kereta keluaran mereka merupakan golongan pertengahan dan ke atas.

Berbeza dengan PROTOM, KNAS akan dipasarkan dengan harga RM30,000 dengan kumpulan sasar pembeli KNAS adalah terdiri dari golongan bawah hingga ke pertengahan.

3.2 Faktor Makro

PROTOM telahpun menandatangani perjanjian dengan 2 syarikat gergasi permotoran di Jepun iaitu Daihatsu dan juga Toyota. Perjanjian kerjasama ini meliputi dari segi penyelidikan dan pembangunan produk bagi PROTOM untuk masa hadapan termasuk dengan KNAS dan permindahan teknologi pembuatan enjin ke negara Malaysia. Kerjasama ini dilihat sebagai satu kekuatan kepada PROTOM di dalam usaha untuk menjadi pengeluar utama kereta jenis Mini MPV di Malaysia. Ini kerana Daihatsu dan juga Toyota merupakan pemangkin utama industri mini MPV di Jepun dan penghasilan enjin mereka sememangnya diketahui tinggi kualitinya.

Dengan kemunculan ramai tenaga professional wanita di Malaysia, PROTOM yakin bahawa KNAS bakal menjadi pilihan mereka. Ini kerana PROTOM mensasarkan golongan ini sebagai segmen utama pasaran KNAS selain dari golongan berkeluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Pelepasan atau penurunan cukai jalan kepada RM30 kepada kereta yang berkapasiti 1000 liter ke bawah oleh kerajaan baru – baru ini juga telah memberi sedikit kelebihan kepada PROTOM kerana KNAS adalah mini MPV yang berkapasiti 1000 liter. Ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi keputusan seseorang di dalam membuat keputusan untuk membeli kereta.

3.3 Faktor Mikro

Melalui perjanjian yang dimeterai dengan Daihatsu dan Toyota, PROTOM akan menghantar jurutera – juruteranya ke Jepun di dalam mempelajari dan berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti keluaran PROTOM. Ini akan dapat memenuhi misi PROTOM di dalam meningkatkan kualiti dari masa ke semasa dengan berkesan.

Dengan kemasukan ke dalam pasaran otomotif Malaysia sedikit lewat berbanding dengan pesaing lain, ini telah memberi kelebihan kepada PROTOM di dalam menetapkan harga KNAS. Selain dengan penetapan haraga dapat dibuat dengan bijak, PROTOM juga dapat merangka strategi – strategi pemasaran di dalam memasarkan KNAS.


4.0 Penetapan Matlamat dan Objektif

PROTOM mensasarkan matlamat untuk menjual KNAS sebanyak 15,000 unit pada tahun pertama penjualannya. Nilai unit ini adalah satu sasaran yang realisitik dah boleh dicapai berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap harga jualan patut bagi sesebuah mini MPV di Malaysia.Dengan harga jualan KNAS berjumlah RM30,000 sebuah, ia merupakan harga yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, PROTOM telah menggariskan beberapa objektif yang perlu dilakukan seperti meningkatkan jumlah pusat penjualan PROTOM dalam tempoh 2 bulan pertama, melakukan promosi yang agresif melalui media massa dan juga meningkatkan pengeluaran kereta KNAS kepada 3000 unit setiap bulan.


5.0 Rujukan

1. Modul OUM BBMM 1103: Pengurusan Pemasaran 1

2. Principles of Marketing 9th Edition, Kotler & Armstrong

3. http://www.miti.gov.my/bmspeech27sept04a.htm

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s