BBMM 1103 – Marketing Management 2

1.0 Pengenalan

Profesor Sinbad ingin menjual hak cipta lampu berkuasa solar ciptaan beliau kepada Trust Lighting Sdn Bhd. Profesor Sinbad merupakan seorang pencipta produk bebas. Menurut Profesor Sinbad, lampu ciptaan terbarunya ini, tidak memerlukan sumber tenaga eletrik untuk menghidupkannya kerana lampu ini berasaskan kuasa solar. Tenaga solar akan disimpan di siang hari dan pada waktu malam lampu ini dapat dinyalakan kerana tenaga suria pada siang hari telah mengecaskan panel solar pada waktu siang.

1.1 Kebaikan dan Keburukan

Terdapat beberapa kebaikan serta keburukan bagi Trust Lighting Sdn Bhd menggunakan khidmat Profesor Sinbad sebagai pencipta produk bebas mereka. Antara kebaikan yang boleh didapati sekiranya Trust Lighting Sdn Bhd menggunakan khidmat Profesor Sinbad sebagai pencipta produk bebas mereka ialah Trust Lighting Sdn Bhd tidak terikat dengan komitmen sebagai majikan. Isu seperti gaji, pampasan, bonus dan lain- lain lagi tidak akan ditanggung oleh Trust Lighting Sdn Bhd. Ini kerana dengan menggunakan khidmat Profesor Sinbad sebagai pencipta produk bebas mereka, Trust Lighting boleh menetap suatu jumlah bayaran yang akan dibayar secara sekaligus atau ansuran kepada Profesor Sinbad sekirannya ciptaan lampu berkuasa solar Professor Sinbad dibeli oleh Trust Lighting.

Trust Lighting Sdn Bhd juga boleh mendapatkan idea – idea baru di dalam pembangunan produk mereke sekiranya Trust Lighting mengambil pendekatan untuk mengupah pencipta produk bebas. Ini kerana Trust Lighting hanya akan mengupah atau mengambil seorang pencipta produk bebas apabila mereka membuat keputusan untuk mengeluarkan sesuatu produk yang baru. Ini dapat menjimatkan kos di samping dapat membawa Trust Lighting keoada idea – idea baru di dalam pembangunan produk mereka.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa keburukan yang bakal dihadapi oleh Trust Lighting sekiranya mereka menggunakan khidmat Profesor Sinbad iaitu seorang pencipta produk bebas. Antara keburukan yang bakal dihadapi ialah di mana Trust Lighting mungkin terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi mendapatkan hak cipta lampu berkuasa solar ciptaan Profesor Sinbad. Ini kerana sebagai seorang pencipta produk yang tidak terikat dengan mana – mana syarikat, Profesor Sinbad berhak untuk menjual idea ciptaan beliau kepada pihak lain yang mampu mengeluarkan belanja yang besar bagi mendapatkan hak cipta ciptaan beliau. Sebagai pengilang lampu yang terkenal, sudah tentu Trust Lighting tidak mahu ketinggalan di dalam memasarkan sesuatu produk yang baru untuk pasaran lampunya.

Trust Lighting juga menghadapai risiko yang tinggi dengan penggunaan khidmat pencipta produk bebas seperti Profesor Sinbad. Ini kerana dengan mengambil pendekatan untuk mengupah khidmat seorang pencipta produk bebas, segala maklumat dalam Trust Lighting boleh diketahui oleh Profesor Sinbad. Ini boleh menyebabkan segala kelemahan – kelemahan di dalam perjalanan operasi Trust Lighting boleh diketahui oleh pesaingnya. Ini kerana setelah membeli hak cipta ciptaan Profesor Sinbad, beliau bebas untuk menjual hak cipta produk ciptaannya yang lain kepada syarikat lain di mana kemungkinan maklumat – maklumat sulit perjalanan operasi Trust Lighting boleh didedahkan oleh Profesor Sinbad.


2.0 Penilaian Persoalan Presiden

Presiden Trust Lighting Sdn Bhd telah mengutarakan 2 pertimbangan atau persoalan utama iaitu sama ada bolehkan produk ciptaan Profesor Sinbad ini dipatenkan. Bagi sesuatu produk yang ingin dikeluarkan oleh sebuah pengilan lampu terkenal seperti Trust Lighting sudah tentulah mereka ingin mematenkan setiap produk yang dikeluarkan mereka. Ini kerana supaya setiap barisan produk yang dikeluarkan mereka tidak ditiru oleh pengeluar atau pengilang lain.

Produk baru seperti lampu berasakan tenaga solar ini adalah satu produk yang boleh dipatenkan dari segi reka bentuk dan pendawaiannya. Merujuk kepada Akta Paten 1986 di bawah Seksyen 17, produk ciptaan Profesor Sinbad iaitu lampu berasaskan kuasa solar boleh dipatenkan. Produk ini boleh dipatenkan di bawah klasifikasi produk inovasi utility iaitu produk yang baru dicipta bagi tujuan utility. Inovasi utility ini meliputi pembangunan produk atau proses baru atau apa – apa kemajuan atau penambahbaikan bagi sesuatu produk atau proses utility yang boleh dipakai atau diaplikasikan oleh industri. Dengan mematenkan produk ini, Syarikat Trust Lighting dapat menarik nafas lega kerana para pesaingnya tidak akan dapat meniru dari segi reka bentuk dan pendawaian lampu berasaskan tenaga solar yang dicipta oleh Profesor Sinbad. Ini juga membuatkan pelaburan yang dibuat oleh Trust Lighting dalam usaha untuk mendapatkan hak cipta Profesor Sinbad ini berbaloi.

Presiden Trust Lighting Sdn Bhd juga telah megutarakan persoalan tentang kesan produk baru ciptaan Profesor Sinbad ini terhadap produk sedia ada syarikat Trust Lighting. Dengan kemasukan produk ciptaan Profesor Sinbad di dalam barisan produk Trust Lighting, sudah tentu ada sedikit kesan terhadap produk – produk yang sedia ada yang telah dikeluarkan oleh Trust Lighting. Antara kesan – kesannya ialah terhadap pengeluaran alat ganti produk sedia ada dan juga keupayaan mesin – mesin sedia ada untuk mengeluarkan produk baru.

Trust Lighting haruslah menentukan tahap pengeluaran terhadap alat – alat ganti produk sedia ada seperti mentol supaya pengeluaran terhadap alat – alat ganti ini tidak terganggu sekiranya dengan kemasukan produk baru ini. Ini kerana alat ganti produk baru ini juga hendaklah dibuat bagi memenuhi permintaan sekiranya ada kerosakan yang timbul di dalam produk baru ini. Ini sangat penting kerana semasa pemasangan produk baru ini di premis pembeli, ia datang sekali dengan jaminan percuma oleh Trust Lighting.

Sekiranya Trust Lighting Sdn Bhd mampu untuk menangani persoalan yang diutarakan oleh Presiden syarikat maka produk ciptaan Profesor Sinbad ini adalah satu produk yang baik untuk dikeluarkan oleh Trust Lighting. Ini kerana pada masa sekarang belum ada syarikat yang mengeluarkan produk yang sedemikian, dengan ini Trust Lighting dapat menjadi pemangkin terhadap produk inovasi berteknologi tinggi ini.


3.0 Penilaian Terhadap Senarai Semak

Senarai semak yang diberikan terdiri dari 3 ciri – cirri utama yang telah ditentukan oleh Trust Lighting Sdn Bhd. Ketiga – tiga ciri utama tersebut ialah ciri umum produk baru, ciri pemasaran produk baru dan juga ciri pengeluaran produk baru. Ketiga – tiga ciri ini meliputi dari pembangunan produk ciptaan Profesor Sinbad, teknik atau kaedah pemasaran yang sesuai bagi produk ciptaan beliau dan juga keupayaan Trust Lighting untuk mengeluarkan produk ini.

3.1 Ciri Produk Baru

Untuk ciri produk baru ini, pelbagai kaedah analisis pemasaran digunakan. Antaranya ialah kaedah analisis matriks pertumbuhan-syer pasaran Boston Consulting Group (BCG). Melalui kaedah ini, Trust Lighting dapat menentukan halatuju produk baru ciptaan Profesor Sinbad ini sama ada ianya mampu memberi keuntungan dengan menguasai pasaran produk lampu yang berasaskan kuasa solar ini. Melalui kaedah ini juga, Trust Lighting mampu menentukan kedudukan bagi produk ini sama ada ianya berpotensi di pasaran negara ini atau tidak. Faktor sama ada produk baru ini dapat dipatenkan atau tidak juga akan dinilai supaya segala pelaburan yang dibuat oleh Trust Lighting tidak sia-sia akibat ditiru oleh pesaing. Potensi pesaingan untuk kategori produk ini juga akan dinilai supaya sekiranya pasaran untuk produk ini kecil dan pesaingan banyak, maka produk ini jelas tidak mendatangkan keuntungan kepada Trust Lighting.

3.2 Ciri Pemasaran Produk Baru

Bagi ciri produk baru pula, ia akan dinilai dari segi keupayaan teknik pemasaran sedia ada Trust Lighting. Keupayaan dari segi kos, sumber manusia dan kaedah komunikasi yang ada di Trust Lighting. Kitaran hayat produk ciptaan Profesor Sinbad ini juga akan dinilai supaya segala usaha di dalam memasarkan produk ini tidak terbantut di tengah jalan. Analisis persekitaran dalam seperti pesaing dan pengedar juga harus ditekankan supaya Trust Lighting dapat mengetahui trend persaingan produk seumpama produk ciptaan Profesor Sinbad. Dengan mengetahui analisis pesaing ini, Trust Light akan menjadi proaktif di dalam memastikan produk yang dipasarkan dapat memegang syer pasaran. Pelan pemasaran bagi produk ini juga harus diperkenalkan supaya produk baru ini dapat dipasarkan seperti yang dirancang. Segmentasi pasaran juga akan ditentukan melalui cirri ini sama ada pemasaran akan dibuat berdasarkan factor geografi, demografi, penggunaan ataupun psikografi.

3.3 Ciri Pengeluaran Produk Baru

Ciri ini juga amat penting kerana ia dapat menentukan keupayaan Trust Lighting sama ada produk inovasi ciptaan Profesor Sinbad ini dapat dikeluarkan atau tidak. Penilaian akan dibuat melalui keupayaan mesin yang sedia ada, kemahiran tenaga kerja dan juga keperluan bahan mentah bagi mengeluarkan produk baru ini. Segala keupayaan pengeluaran ini harus dititikberatkan kerana ia akan mempengaruhi faktor peletakan harga bagi produk ini. Penilaian terhadap harga ini akan dinilai melalui factor dalaman Trust Lighting iaitu dari segi objektif pemasaran Trust Lighting dan juga strategi campuran pemasarannya. Faktor luaran seperti keadaan pasaran dan permintaan juga akan diambilkira supaya produk ini dapat dikeluarkan dengan harga yang munasabah untuk dibeli oleh pengguna. Dengan mengetahui keadaan pasaran, harga bari produk ini dapat diletakkan atas dasar harga kompetitif.


4.0 Sumber Maklumat

Terdapat pelbagai cara atau sumber yang boleh dirujuk bagi melengkapkan senarai semak bagi Trust Lighting ini. Antara sumber – sumber yang boleh digunakan ialah melalui:

1. Analisis SWOT

Melalui kaedah analisis ini, segala kekuatan dan kelemahan Trust Lighting dapat dikaji. Dengan mengetahui segala kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang sedia ada, Trust Lighting boleh merangka strategi atau pelan pemasaran yang berkesan untuk memasarkan produk baru ini.

2. Analisis BCG

Melalui analisis ini, maklumat untuk cirri produk dan pemasaran produk baru dapat ditentukan. Dengan kaedah ini, Trust Lighting berupaya untuk membuat peramalan pemasaran bagi produk ciptaan Profesor Sinbad ini.

3. Kitaran Hayat Produk Sedia Ada

Produk sedia ada juga akan diberi penilaian untuk mengetahui selama mana produk sedia ada keluaran Trust Lighting mampu berada di pasaran. Sekiranya ada produk yang sedia ada yang didapati telah mengalami proses penurunan, tempoh produk itu berada di dalam pasaran akan diambil kira. Sekiranya ada produk yang dikeluarkan oleh Trust Lighting ini gagal diperingkat awal pengenalannya, maka segala kelemahan semasa pelancaran dan pemasaran itu akan diperbetulkan supaya perkara yang sama tidak berlaku.

4. Proses Penyelidikan

Penyelidikan juga akan dilakukan terhadap produk baru ini. Untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dan jitu bagi senarai semak ini, penyelidikan adalah kaedah atau sumber maklumat yang paling efektif. Objektif penyelidikan yang dilakukan ini merangkumi pelbagai aspek meliputi dari aspek pembangunan produk sehinggalah tahap pengeluaran produk ini. Maklumat untuk segmentasi juga boleh di dapati dengan tepat kerana melalui penyelidikan ini, Trust Lighting boleh menentukan skop atau segmen pemasaran bagi produk ini.


5.0 Situasi Memperkenalkan Produk

Untuk memasarkan sesuatu produk, situasi atau keadaan sekeliling adalah factor yang paling penting dan harus dititikberatkan. Ini kerana sekiranya produk yang diperkenalkan tidak tepat pada masa, maka perbelanjaan yang besar yang dilaburkan dari segi penyelidikan dan pembangunan dan juga promosi produk itu akan merugikan. Bagi produk Trust Lighting ini, situasi yang amat sesuai ialah ketika musim perayaan dan pelancaran promosi penjualan hartanah bagi pengguna akhir. Ini kerana pada situasi yang sebegini, kesanggupan pembeli untuk menambahnilai terhadap tahap keselamatan rumah adalah tinggi. Sudah tentu para pemilik rumah besar seperti banglo ingin keselematan rumah mereka terjamin ketika musim perayaan apatah lagi produk ini tidak memerlukan kuasa eletrik untuk menghidupkannya. Di samping memudahkan pengguna, ia juga dapat menjimatkan penggunaan eletrik.

Bagi pasaran organisasi pula, situasi yang paling sesuai adalah ketika pelancaran sesuatu kawasan perumahan atau rumah baru. Ini kerana pada ketika inilah, para pemaju ingin menarik minat para pembeli dengan mengadakan khidmat utility yang serba moden terhadap produk jualan mereka. Para pembeli sudah tentu tertarik dengan kemudahan yang disediakan oleh pemaju yang tidak membebankan mereka.


Bibliografi

1. Zahari Mohamad et.al (2005). Open University Malaysia: Pengurusan Pemasaran I. Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

2. Zahari Mohamad et.al (2006). Open University Malaysia: Pengurusan Pemasaran II . Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

3. Kotler & Armstrong (2001).Principles of Marketing 9th Edition, Kotler & Armstrong.North Carolina USA. Prentice Hall.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s