BBMA 2104 – PERAKAUNAN PENGURUSAN

Soalan 1

a) Pengekosan adalah bertujuan untuk peletakan harga. Terdapat dua kaedah pegekosan tradisional iaitu:

i. Pengekosan Serapan

Kebaikan kaedah pengekosan serapan ini ialah ia mengambil kira semua kos – kos yang terlibat di dalam pengeluaran sesuatu produk sebagai kos produk. Kaedah pengekosan ini juga mematuhi kehendak GAAP. Kaedah ini sesuai untuk pelaporan kos bagi pihak luaran. Walaubagaimanapun kelemahan pengekosan serapan ini adalah kos produk boleh menjadi tinggi akibat kos – kos seperti kos overhed seperti susut nilai bangunan dikira sebagai kos tetap di mana kos – kos jenis ini boleh berubah dari masa ke semasa. Kos tetap ini juga tidak relevan untuk pembuatan keputusan.

ii. Pengekosan Marginal

Pengekosan Marginal ini hanya akan mengakaunkan kos overhed berubah seperti belanja eletrik dan belanja air sahaja sebagai sebahagian dari kos produk. Melalui kaedah ini kos produk sesuatu produk itu akan berkurangan mengikut jumlah volume pengeluaran. Pengekosan Marginal ini juga sesuai untuk digunakan untuk megukur prestasi dan analisis bagi membantu pengurusan untuk merancang, mengawal dan membuat keputusan. Walaubagaimanapun kelemahan pengekosan jenis ini kos overhead berubah mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menjadi penyebab kepada kos produk itu naik. Pengekosan jenis ini juga tidak mematuhi kehendak GAAP dan ini menyebabkan pengekosan jenis ini sesuai untuk kegunaan dalaman sahaja. Kos penyediaan laporan kewangan juga tinggi akibat syarikat perlu menyedia dua laporan kewangan yang berbeza.

b) Kos overhed terlebih atau terkurang terjadi apabila anggaran kos overhed yang telah dibuat dengan tidak tepat di dalam menentukan kadar overhed pratentu atau asas pengagihan yang digunakan tidak sesuai. Kadar overhed pratentu ialah jumlah anggaran jumlah kos overhed perkilangan dibahagikan dengan anggaran jumlah aktiviti pengagihan. Bagi overhed terkurang serap berlaku apabila kos overhed sebenar melebihi kos overhed yang diserap atau dibelanjakan. Baki akaun overhed akan menunjukan baki kredit. Kos overhed terlebih serap pula terjadi apabila amaun overhed yang diserap atau yang diperuntukkan melebihi amaun yang sebenar. Baki akaun menjadi kredit dan dikenali sebagai ovehed terlebih serap.

c) Pengekosan pesanan kerja ialah system pengekosan yang memperuntukan kos kepada unit produk spesifik bagi memenuhi setiap pesanan atau kehendak pelanggan. Contohnya sebuah syarikat pencetakan mencetak 500 kad nama, tempahan cetakan kad nama ini dikenali satu kerja dan ianya akan dikoskan sebagai satu kerja.Kos produk akan dikira setelah produk itu telah disiapkan. Berbanding pengekosan proses pula, sesuai untuk digunakan bagi pengeluaran produk yang seragam.Pengeluaran produk yang menggunakan pengekosan proses ini biasanya dikeluarkan secara besar – besaran. Kos barang yang disiapkan hanya akan dikira berdasarkan kos pemprosesan yang terakhir walaupun untuk mengeluarkan sesuatu produk itu, ia perlu melalui beberapa proses.

d) Kebaikan menggunakan kadar overhed pelbagai ialah melalui kadar yang berbagai, kos sesuatu produk itu dapat dikurangkan. Ini kerana sekiranya satu kadar overhed saja yang digunakan, maka proses di dalam menetapkan sesuatu kos produk itu rigid di mana sesebuah syarikat itu tidak mempunyai peluang untuk mencari cara untuk mengurangkan kos produk itu. Secara tidak langsung, kos sesuatu produk itu meningkat akibat menggunakan satu kadar overhed sahaja.

e) Kos langsung adalah kos yang terlibat secara langsung di dalam pengeluaran sesuatu produk sebagai contoh kos bahan mentah langsung dan kos bahan langsung. Kos tidak langsung ialah kos yang terlibat secara tidak langsung di dalam pengeluaran sesuatu produk iaitu seperti gaji penyelia. Contoh kos langsung ialah bahan mentah langsung iaitu getah yang digunakan di dalam pengeluaran tayar. Gaji pengurus bagi pengeluaran tayar ini pula ada contoh kos tidak langsung.


Soalan 2

a) Kadar Overhed Pratentu

Formula = Anggaran Kos Overhed Perkilangan

Anggaran Jumlah Aktiviti / Asas Pengagihan

= 2,475 + 3,685

112

Kadar overhed pratentu = 55

b) Overhed Diserap

Formula = Kadar Overhed Pratentu x Jumlah Aktiviti Terlibat Dalam Kerja

Kerja AA = 55 x 21(jam mesin)

= 1155

Kerja BB = 55 x 11(jam mesin)

= 605

Kerja CC = 55 x 23 (jam mesin)

= 1265

Overhed diserap bagi kerja AA ialah 1155, kerja BB ialah 605 dan kerja

CC ialah 1265.

c) Nilai baki akhir kerja dalam proses pada 31 Mac 2005 ialah:

Formula = Kos Barang(buruh langsung,bahan mentah langsung, kos

overhed) – kos jumlah barang siap.

Kos Barang AA, BB dan CC = 21,580 + 30,590 +9,865

= 62,035

Tolak Kos Jumlah Barang Disiap (Kos Kerja BB)

= 4,505

Nilai Akhir Kerja Dalam Proses = 62,035 – 4,505

= 57,530

d) Harga Jualan Kerja BB (35% Margin Keuntungan)

Formula = Kos Bahan Langsung BB + Kos Buruh Langsung BB + Kos Overhed BB + 35% Margin Keuntungan

= 19,450 + 6,850 + 4,290 + 35%

= 30,590 + 35%

= 30,590 + 10,706.5

= RM 41,296.5


Bibliografi

1. Prof. Dr. Ansay Ahmed et.al (2006). Open University Malaysia: Perakaunan Pengurusan . Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

2. Abdul Rahman Hamzah (1998), Perakaunan Perniagaan. Shah Alam. Piramid Perdana Sdn. Bhd.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s