BBSM 1103: Pengurusan Sumber Manusia

Soalan 1

Pengurus Perhubungan Awam

1.0 Deskripsi Tugas Sebagai Pengurus Perhubungan Awam

Deskripsi utama bagi pengurus perhubungan awam ialah merancang dan mengarah program-program yang telah direkabentuk bagi membentuk dan mengekalkan imej sesebuah syarikat. Ia juga kadang-kala meliputi tugasan yang berkenaan dengan kerja amal seperti merancang dan mengarahkan aktiviti bagi mengumul dana bagi tabung-tabung amal, projek khas dan juga bagi organisasi yang tidak berasaskan keuntungan.

2.0 Tugas-Tugas Pengurus Perhubungan Awam

Antara tugas-tugas yang telah dikenalpasti sebagai tugas utama bagi seorang pengurus perhubungan awam ialah:

  1. Mengenalpasti kumpulan sasaran utama pelanggan dan mengenalpsati cara terbaik untuk berkomunikasi dengna mereka.

- Tugasan ini adalah tugasan paling utama dan kritikal bagi seseorang pengurus perhubungan awam. Ini kerana sebagai seorang yang berperanan untuk menyebar segala maklumat organisasi yang penting kepada umum, ia adalah menjadi tanggungjawab yang berat bagi seseorang yang memegang jawatan ini. Proses menyebarkan maklumat bukan sahaja dengan menentukan cara yang terbaik dan paling efektif di dalam memastikan mesej yang ingin disampaikan itu dapat difahami dan seterusnya mempengaruhi seseorang itu malah ia juga meliputi dengan tugas paling penting sekali iaitu mengenalpasti kumpulan sasaran utama pelanggan yang ingin disampaikan mesej tersebut.

  1. Membangun dan mengekalkan imej dan identity korporat syarikat yang merangkumi penggunaan logo dan tanda niaga

- Imej dan identity korporat sesebuah syarikat itu adalah sangat penting bagi memastikan sesebuah syarikat itu dalam bersaing di dalam pasaran global pada hari ini. Penggunaan logo yang unik seperti logo McDonald’s yang terkenal di serata dunia dapat menjamin syarikat untuk menjamin peneraju tutama di dalam industri tersebut.

  1. Menguruskan bajet yang diperuntukan bagi komunikasi dengan efektif

- Sebagai seorang pengurus yang bertanggungjawab di dalam menguruskan urusan berkenaan dengan komunikasi antara organisasi dan pelanggan, seseorang pengurus itu hendaklah bijak di dalam menggunakan bajet yang telah diperuntukan di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh syarikat.

3.0 Keperluan Ilmu Pengetahuan Pengurus Perhubungan Awam

Sebagai seorang pengurus perhubungan awam yang tugasnya berbeza dengan pengurus-pengurus lain, terdapat beberapa pengetahuan serta ilmu yang harus ada di dalam memegang jawatan ini. Antaranya ialah:

  1. Penguasaan Bahasa Inggeris

- Sebagai seorang yang berperanan sebagai jurucakap syarikat, pengurus perhubungan awam perlu mempunyai kemahiran yang baik di dalam pertuturan dan penulisan di dalam bahasa inggeris. Kemahiran dari segi tatabahasa dan penggunaan bahasa inggeris yang sesuai amat kritikal terutama sekiranya syarikat ingin bersaing di dalam pasaran global.

  1. Pengetahuan Tentang Undang-Undang & Kerajaan

- Pengurus perhubungan awam juga hendaklah mengetahui tatacara dari segi perundangan sesebuah Negara dimana syarikat itu beroperasi. Kemampuan membina perhubungan yang baik dengan agensi kerajaan dapat menjamin kestabilan syarikat tersebut,

  1. Perkhidmatan Berorietasikan Pelanggan dan Individu

- Sebagai cabang utama syarikat di dalam menghubungkan pihak awam dengan syarikat, pengurus perhubungan awam perlulah berkemahiran tinggi di dalam perkhidmatan pelanggan. Ini menjamin kepuasan pelanggan sewaktu berhubungan dengan syarikat terbabit.

4.0 Kebolehan Sebagai Pengurus Perhubungan Awam

  1. Bertutur

- Kemahiran bertutur amat diperlukan bagi memegang jawatan ini. Dengan kemahiran bertutur yang tinggi, segala maklumat yang ingin disampaikan kepada pelanggan dapat diterima dengan jelas dan efektif.

  1. Kemahiran Menulis

- Kemahiran ini juga amat penting kerana sebagai seorang pengurus kadang-kala terdapat maklumat-maklumat syarikat yang perlu disampaikan melalui penulisan seperti keratin akhbar dan majalah.

  1. Kemahiran Mempengaruhi Orang Lain

- Seorang pengurus yang berjaya, kemahiran ini amat diperlukan. Kebolehan mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu demi kepentingan syarikat ataupun mempengaruhi pelanggan untuk membeli produk keluaran syarikat dapat menguntungkan syarikat.

5.0 Keupayaan Yang Diperlukan Sebagai Seorang Pengurus Perhubungan Awam

  1. Peka Terhadap Masalah

- Pengurus perhubungan awam perlu peka terhadap masalah yang bakal dihadapi semasa sesuatu tindakan dilakukan. Keupayaan ini tidak seharusnya dapat menyelesaikan masalah itu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meminimumkan risiko kerugian yang bakal dihadapi oleh syarikat sekiranya masalah itu timbul.

  1. Gaya Pengucapan Lisan

- Pertuturan lisan yang lancar dapat membantu pendengar agar dapat memahami mesej yang ingin disampaikan. Keupayaan untuk bertutur dengan penggunaan gaya pengucapan yang bersesuaian dapat membantu pendengar agar memahami idea yang ingin disampaikan.

  1. Keaslian Idea

- Keupayaan seseorang pengurus perhubungan awam di dalam menghasilkan sesuatu idea baru yang kreatif amat diperlukan. Inovasi di dalam penyampaian maklumat kepada pelanggan amat penting supaya gaya penyampaian syarikat itu berbeza dengan syarikat lain.


6.0 Aktiviti Kerja Sebagai Seorang Pengurus Perhubungan Awam

Terdapat beberapa aktiviti utama kerja sebagai seorang pengurus pehubungan awam. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah:

  1. Mendapatkan maklumat

- Salah satu aktiviti utama kerja bagi seorang pengurus ialah untuk mendapatkan maklumat. Maklumat yang relevan dengan bidang tugas atau projek yang sedang dibuat dapat diperolehi melalui pemerhatian, kajian dan mendapatkannya dari sumber-sumber lain.

  1. Berkomunikasi dengan Pihak Luar Organisasi

- Pengurus perhubungan awam juga bertanggungjawab untuk berkomunikasi dengan pihak luar dari organisasi mereka. Pihak luar ini merangkumi kerajaan, pihak berkepentingan dan juga pelanggan. Pertukaran maklumat dan idea boleh dilakukan melalui telefon, email ataupun surat.

  1. Berfikiran Kreatif

- Sebagai seorang pengurus, mereka haruslah berfikiran kreatif di dalam merancang dan juga melaksanakan tugas. Dengan berfikiran kreatif maka kerja yang dilakukan dapat dilakukan dengan baik dan mudah.

7.0 Konteks Tugas Sebagai Seorang Pengurus Perhubungan Awam

Tugas sebagai seorang pengurus perhubungan awam banyak melibatkan komunikasi. Oleh sebab itu konteks tugasnya merangkumi pelbagai aspek. Antaranya ialah:

  1. Perbincangan Bersemuka

- Bagi memastikan perjalanan sesuatu projek yang dirancang itu berjalan dengan lancar maka perbincangan bersemuka dengan pekerja bawahan kerap dilakukan. Ini bagi memastikan supaya segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.

  1. Berhubungan dengan Jabatan

- Sebagai jurucakap organisasi, seorang pengurus perhubungan awam haruslah kerap berhubung dengan jabatan lain di dalam organisasi. Ini bagi memastikan segala maklumat yang didapati adalah tepat dan sahih.

  1. Berurusan dengan Pihak Luar Organisasi

- Pihak seperti kerajaan, badan bukan kerajaan dan wakil pekerja juga hendaklah diuruskan dengan baik oleh pengurus perhubungan awam. Sesi dialog boleh diadakan sekerap sebulan sekali bagi memastikan nama baik organisasi dapat dijaga.

8.0 Gaya Kerja Seorang Pengurus Perhubungan Awam

Antara gaya kerja yang perlu ada sebagai seorang pengurus perhubungan awam ialah:

  1. Gaya Kepimpinan

- Sebagai seorang pengurus gaya kepimpinan adalah sangat penting. Kebolehan untuk memimpin, mengarah dan mengetuai adalah sangat penting bagi seorang pengurus perhubungan awam. Ini kerana kebanyakan tugasan yang dilakukan secara berpasukan.

  1. Bekerjasama

- Sikap ingin bekerjasama dengna pihak lain amat diperlukan sebagai seorang pengurus perhubungan awam. Ini supaya segala apa perancangan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna.

  1. Innovasi

- Pekerjaan sebagai seorang pengurus perhubungan awam memerlukan kreativiti dan inovasi yang tinggi di dalam melaksanakan tugas. Ini supaya idea-idea baru dapat dihasilkan dan supaya segala perancangan dapat dijalankan dengan sempurna.

9.0 Spesifikasi Kerja sebagai Pengurus Perhubungan Awam

Tugas sebagai pengurus perhubungan awam ini haruslah digalas oleh seorang yang berpengalaman di dalam bidang komunikasi. Graduan dalam bidang komunikasi massa adalah antara calon yang terbaik bagi mengisi jawatan ini. Bagi memastikan peranan ini dilaksanakan dengan baik seorang yang bepengalaman juga amat diperlukan. Ini kerana tugas sebagai seorang pengurus perhubungan awam ini meliputi skop pekerjaan yang luas. Antaranya ialah kordinasi, menyelia dan mengurus. Kebolehan berkomunikasi dengan baik juga amat diperlukan bagi tugas ini.

Orang yang berminat dengan tugas ini juga haruslah memiliki bentuk fizikal yang sihat dan menarik. Ini kerana tugas pengurus perhubungan awam ini banyak melibatkan kerja di luar waktu pejabat. Penampilan yang menarik juga adalah satu kelebihan bagi calon untuk jawatan ini kerana sebagai seorang pengurus perhubungan awam banyak urusan harus dilakukan dengan pihak luar organisasi.


Soalan 2

Di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 19, semua pekerja dan majikan diwajibkan mencarum sebanyak sejumlah 11% (pekerja) dan 12% (majikan) daripada jumlah pendapatan pekerja terbabit setiap bulan. Wang caruman ini akan disimpan ke dalam 3 akaun yang berasingan iaitu akaun 1, akaun 2 dan akaun 3. Pembahagian caruman bulanan ke dalam ketiga-tiga akaun ini adalah seperti berikut:

1. Akaun 1 – 60% dari caruman bulanan

2. Akaun 2 – 30% dari caruman bulanan

3. Akaun 3 – 10% dari caruman bulanan

Akaun 1 adalah akaun simpanan yang hanya boleh dikeluarkan apabila umur pencarum genap 55 tahun iaitu umur persaraan wajib. Duit simpanan di dalam akaun 1 ini adalah 60% dari caruman bulanan pencarum. Peratusan yang besar bagi akaun 1 ini ialah untuk memastikan supaya jumlah simpanan tunai pencarum adalah mencukupi apabila mencapai umur persaraan wajib. Walaupun wang di akaun 1 ini hanya boleh dikeluarkan pada usia pencarum genap 55 tahun, akan tetapi pencarum boleh mengeluarkan sejumlah simpanan yang ditetapkan untuk membuat pelaburan. Ini sebagai penambahan nilai tunai dari simpanan pencarum.

Bagi akaun 2 pula, pengeluaran hanya dibenarkan untuk pembiayaan pembelian rumah, pembiayaan pendidikan bagi pencarum atau anak-anak yang sah dari segi undang-undang pencarum dan juga sebagai pengeluaran awalan apabila umur pencarum mencapai 50 tahun. Kemudahan pengeluaran ini adalah untuk memastikan pencarum membuat persediaan awal seperti membeli rumah atau membiayai pendidikan anak-anak sebelum bersara.

Akaun 3 pula adalah simpanan 10% dari caruman bulanan ahli ke dalam simpanan KWSP mereka. Kegunaan akaun 3 ini ialah untuk kegunaan pembayaran kos kesihatan pencarum yang tidak ditanggung oleh majikan. Antara kos-kos kesihatan yang layak untuk menggunakan wang di dalam akaun 3 ini adalah perbelanjaan seperti:

1) Kos rawatan/perubatan/pembedahan

2) Peralatan seperti kaki palsu

3) Kerusi roda dan peralatan lain yang diluluskan oleh KWSP.

Bermula 1 Januari 2002, KWSP telah mwujudkan akaun 4 iaitu akaun yang diperkenalkan bagi ahli KWSP yang memilih skim bayaran bulan. Skim bayaran bulanan ini terbuka dan layak dianggotai oleh Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun dengan memindahkan sekurang-kurangnya 50% daripada simpanan dalam Akaun I ke Akaun 4 yang akan diwujudkan dan setiap tahun selepas itu, 50% daripada caruman yang dikreditkan ke dalam Akaun I akan dipindahkan ke Akaun 4 berkenaan. Tujuan utama pengwujudan akaun 4 ini adalah untuk memberi jaminan kewangan kepada ahli KWSP dengan mendapatkan bayaran bulanan secara tetap sama seperti dengan konsep pencen.


Sebagai seorang pengurus sumber manusia, sememangnya tidak akan terlibat secara langsung dengan pengeluaran caruman KWSP pekerja. Tetapi, bantuan boleh diberkan kepada pekerja yang ingin membuat pengeluaran caruman KWSP. Khidmat nasihat adalah salah satu bantuan yang boleh diberikan kepada pekerja sekiranya mereka ingin mengeluarkan wang dari akaun 2 KWSP mereka.

Pengurus sumber manusia juga boleh menyediakan surat sokongan terhadap pekerja mereka yang ingin membuat pengeluaran wang KWSP dengan memberi surat sokongan terhadap pengeluaran mereka. Memperkenalkan kenalan di KWSP kepada pekerja juga dapat membantu pekerja di dalam membantu mereka untuk mengeluarkan caruman. Penyediaan senarai semak bagi dokumen yang diperlukan semasa membuat pengeluaran KWSP juga boleh disediakan oleh pengurus sumber manusia bagi memastikan pekerja mereka tidak menghadapi kesulitan di dalam urusan pengeluaran wang simpanan mereka.


Rujukan

  1. http://online.onetcenter.org
  2. http://www.kwsp.gov.my
  3. http://www.bharian.com.my

4. Prof. Dr. Ansary Ahmad et. al. (2006). Open University Malaysia: Learning Skills for Open Distance Learners. Kuala Lumpur. Meteor Doc. Sdn Bhd.

5. Mohmad Yazam Sharif et. al. (2001). Asas Pengurusan Manusia: Pendekatan Proses. Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd

About these ads

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s