BBGO 4103 – Gelagat Organisasi

Kajian Kes A

Soalan 1

Gaya kepimpinan En. Otawa boleh disifatkan sebab sebagai gaya kepimpinan autokratik. Ini dibuktikan dengan En Otawa akan menggunakan kuasanya terhadap staf yang mempunyai pendapat yang berlainan dengan beliau di mana staf berkenaan akan disenaraihitamkan. Gaya kepimpinan En Otawa yang bersifat autokratik digunakan ke atas stafnya supaya mereka dapat mengimplementaskan semua polisi syarikat tanpa sebarang rungutan dan soalan.

Walaupun En Otawa dilihat sebagai seorang pengurus yang bersifat autokratik dan bertindak tegas terhadap staff yang cuba menentang atau mempersoalkan tindakan beliau, kuasa yang beliau gunakan terhadap stafnya adalah kuasa sah. Ini disebabkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif di dalam syarikat merupakan jawatan yang paling tertinggi di dalam hierarki syarikat tersebut. En Otawa juga menggunakan kuasa ganjaran yang ada pada beliau di mana beliau akan memberikan ganjara yang setimpal bagi staff yang mengimplentasikan segala arahan dan polisi beliau tanpa sebarang rungutan dan soalan.

Sifat peribadi yang tegas dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi yang ada pada diri En Otawa ini banyak mempengaruhi gaya kepimpinan autokratik yang diamalkan oleh beliau. Sifat peribadi beliau ini juga dipengaruhi juga dengan budaya yang berdisiplin yang diterapkan oleh masyarakat dari negara asal beliau iaitu Jepun.

Penyataan di atas menyokong penyataan yang mengatakan En Otawa adalah seorang pemimpin yang berkuku besi.


Soalan 2

Antara cadangan-cadangan yang akan saya kemukakan kepada En Otawa ialah:

  1. Mengamalkan komunikasi terbuka

- Disebabkan gaya kepimpinan autokratik yang diamalkan oleh En Otawa, ini adalah merupakan antara cadangan yang akan dikemukakan. Dengan mengamalkan sikap komunikasi terbuka ini, ia akan merapatkan hubungan di antara En Otawa dengan staf bawahannya. Komunikasi terbuka ini juga membolehkan staf untuk mengemukakan idea atau pandangan terhadap operasi syarikat supaya syarikat lebih terus maju.

  1. Bersifat Lebih Demokratik

- Saya juga akan mencadangkan supaya En Otawa supaya bersifat lebih demokratik di dalam menguruskan syarikat. Ini supaya sebarang keputusan yang dibuat oleh beliau adalah keputusan yang telah dibuat dengan mendapat pandangan staf yang lain. Dengan mengamalkan sifat yang lebih demokratik ini akan menyebabkan En Otawa lebih peka terhadap persekitaran syarikat. Dengan mengamalkan sifat yang demokratik ini juga ia membolehkan En Otawa mendengar pandangan dan idea dari staf bawahanya.

  1. Berdiplomasi

- En Otawa juga akan dicadangkan supaya lebih berdiplomasi di dalam segala urusan kerja. Tindakan beliau yang menyenaraihitamkan staf yang mempersoalkan tindakan atau prosedur beliau dilihat sebagai satu tindakan yang tidak adil. Sebagai seorang pemimpin dan pengurus, En Otawa hendaklah lebih berdiplomasi di dalam operasi syarikat. Ini kerana idea-idea atau pandangan yang datang dari staf adakalanya menguntungkan syarikat. Tindakan menyenaraihitamkan staf boleh merugikan syarikat kerana mungkin staf yang disenaraihitamkan itu adalah staf yang cemerlang.

  1. Lebih Menerapkan Kemahiran Perorangan (Interpersonal)

- Walaupun berjaya dipilih sebagai “Top Ten CEO in Malaysia” selama 2 tahun

berturut-turut, staf bawahan En Otawa tidak gembira dengan cara pengurusan yang diterapkan oleh beliau. Staf berasa kurang komunikasi yang ada di antara mereka dengan En Otawa sebagai ketua pengawai eksekutif. Sebagai individu yang memegang jawatan paling tinggi di dalam syarikat, En Otawa hendaklah menerapkan kemahiran interpersonal supaya pekerja berasa gembira kerana segala masalah yang dihadapi oleh mereka didengar oleh pihak pengurusan syarikat


Soalan 3

Pandangan saya terhadap penyataan “Kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi adalah terletak di bahu seorang Ketua Eksekutifnya” ialah kejayaan organisasi itu sememangnya terletak di bahu ketuanya. Ini disebabkan sebagai seorang pengurus hala tuju sesebuah organisasi terletak di atas tanggungjawab pengurus terbabit. Fungsi pengurus yang melibatkan perancangan, menyusun, memimpin dan mengawal perjalanan operasi syarikat jelas menyokong penyataan di atas.

Kegagalan seseorang pengurus itu untuk merancang perjalanan operasi syarikat akan menyebabkan sesebuah syarikat itu gagal. Proses merancang ini juga melibatkan penentuan hala tuju dan matlamat yang jelas dan boleh dicapai. Pengurus juga hendaklah mahir di dalam kemahiran komunikasi supaya dapat dapat memastikan agar matlamat syarikat di capat. Kemahiran untuk memotivasikan pekerja supaya dapat bekerja dengan lebih produktif supaya matlamat syarikat dapat dicapai.

Kegagalan ketua eksekutif atau pengurus untuk memotivasikan pekerja untuk berkerja supaya matlamat syarikat dapat dicapai boleh menyebabkan sesebuah syarikat itu gagal. Walaupun En Otawa berjaya membawa syarikat beliau menjadi sebuah organisasi yang berjaya tanpa memberikan motivasi kepada para pekerjanya tetapi para pekerja bawahan beliau tidak berasa gembira. Kejayaan sesebuah organisasi bukan sahaja dinilai dengna melihat sejauh mana matlamat syarikat dicapai tetapi juga diukur dengan melihat tahap kepuasan kerja oleh para pekerja organisasi tersebut.


Kajian Kes B

Soalan 1

Cara kepimpinan En Suzuki adalah bersifat Laissez-Faire di mana En Suzuki tidak mengambil peduli perjalanan syarikat. En Suzuki meletakkan tanggungjawab sebagai ketua eksekutif sepenuhnya kepada pembantu beliau. Walaupun En Suzuki memberikan kemudahan dan sumber yang diperlukan oleh syarikat tetapi sikap lepas tangan En Suzuki ini boleh menyebabkan syarikat beliau ‘gulung tikar’ atau gagal. Gaya kepimpinan Laissez-Faire ini sesuai digunakan sekiranya staf mempunyai cirri-ciri personality yang positif dan mempunyai pengetahuan yang diperlukan di dalam melaksanakan tugas mereka.

Sikap En Suzuki yang tidak bergaul dengan pekerja bawahannya pula adalah disebabkan sifat peribadi beliau yang berpendapat pekerja hanya bekerja semata-mata wang sahaja. Sifat mementingkan diri sendiri juga mempengaruhi cara kepimpinan Laissez-Faire yang diterapkan oleh En Suzuki. Sikap En Suzuki yang jarang berada di pejabat dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap mesyuarat lembaga pengarah menyokong pendapat bahawa beliau adalah seorang ketua yang mengamalkan corak kepimpinan laissez-faire.

Dilahirkan dari keluarga yang bergelar jutawan telah menyebabkan En Suzuki tidak berkerja dengan bersungguh-sungguh bagi syarikatnya. Sikap sambil lewa dan meletakkan sepenuh tanggungjawab sebagai ketua eksekutif kepada pembantu beliau boleh menyebabkan syarikat beliau gagal kerana penyelewengan boleh berlaku sekiranya En Yashika bertindak untuk menyeleweng syarikat. Ini disebabkan segala arahan yang dikeluarkan oleh En Yashika dikeluarkan di bawah nama Ketua Eksekutif syarikat.


Soalan 2

Saya kurang bersetuju dengan pendapat “Pekerja bekerja hanya untuk mencari wang”. Tidak dinafikan bahawa tanpa wang masalah sukar untuk diselesaikan tetapi pada hari ini kepuasan kerja adalah perkara utama bagi pekerja sesebuah organisasi. Kepuasan kerja ini menerangkan sejauh mana pekerja berpuas hati atau gembira dengan kerja dan seterusnya organisasi di mana mereka bekerja.

Kita dapat lihat pada hari ini, kadar pusing ganti bagi syarikat-syarikat besar adalah tinggi walaupun kadar gaji yang dibayar adalah tinggi. Ini disebabkan kadar pusing ganti pekerja berkait rapat dengan kepuasan pekerja. Kepuasan kerja ini pula melibatkan bukan hanya dengan kerja yang dilakukan oleh pekerja terbabit tetapi ia melibatkan juga layanan organisasi terhadap pekerja terbabit. Layanan organisasi yang dimaksudkan sejauhmana sumbangan pekerja tersebut dihargai oleh organisasi dan sejauhmana penglibatan pekerja di dalam pembuatan keputusan syarikat. Penglibatan pihak pengurusan dengan pihak pekerja juga boleh menyebabkan tahap kepuasan kerja seseorang pekerja itu tinggi.

Kepuasan kerja juga tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Pada hari ini, para pekerja bukan sahaja mengejar wang semata-mata tetapi juga pangkat yang lebih tinggi di dalam sesebuah syarikat. Oleh hal itu, penyataan pekerja hanya bekerja untuk mencari wang adalah tidak sesuai untuk digunakan pada hari ini.

Sebagai contoh bagi kedua-dua kajian kes di atas, saya dapati para pekerja bagi kedua-dua syarikat mempunyai tahap kepuasan kerja yang rendah. Ini disebabkan oleh sikap pengurusan syarikat yang kadar penglibatannya dengan para pekerja yang sangat rendah.


Soalan 3

Pada pandapat saya, En Suzuki menggunakan kuasa sah di dalam mengawal cara operasi syarikat. Ini disahkan dengan kedudukan En Suzuki sebagai ketua eksekutif kumpulan. Perlantikan En Yashika sebagai pembantu beliau yang bertanggungjawab untuk mengawal operasi syarikat ini juga menyokong penggunaan kuasa sah oleh En Suzuki. Akan tetapi dengan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pembantunya ia dapat memberi implikasi yang buruk kepada organisasi. Ini disebabkan kebanyakan keputusan yang dibuat oleh En Yashika telah dibuat tanpa pengetahunan atau persetujuan En Suzuki. Para pekerja juga akan memberikan persepsi yang negatif terhadap En Suzuki sebagai ketua eksekutif sekiranya keputusan yang dibuat dilihat sebagai tidak adil atau tidak seimbang oleh para pekerja.

En Suzuki juga telah menggunakan kuasa ganjaran yang ada pada beliau. Kuasa ini digunakan di dalam melantik En Yashika sebagai pembantu beliau. Perlantikan ini memberi implakasi yang besar terhadap kumpulan kerana En Suzuki telah mengambil sikap ‘lepas tangan’ terhadap operasi syarikat di mana tanggungjawab tersebut telah diserahkan kepada En Yashika sebagai pembantu beliau. Dengan perlantikan tersebut penglibatan En Suzuki sebagai ketua eksekutif dengan syarikat di dapati berkurangan dan ingin boleh menyebabkan para pekerja berasa kurang bermotivasi. Tidak dinafikan peranan sebagai ketua eksekutif memerlukan seorang pembantu, tetapi di dalam kajian kes ini En Suzuki telah menyerahkan semua tugas sebagai ketua eksekutif kepada En Yashika yang bertindak sebagai pembantu beliau.


Soalan 4

Antara cadangan dan nasihat yang saya akan kemukakan kepada En Suzuki ialah:

  1. Mengamalkan sikap kepimpinan yang demokratik

- Berbanding dengan sikap kepimpinan Laissez-faire yang diterapkan oleh En Suzuki pada ketika ini, saya akan mencadangkan agar En Suzuki mengamalkan sikap kepimpinan yang lebih demokratik. Ini kerana dengan gaya kepimpinan sekarang En Suzuki dilihat seperti ‘lepas tangan’ terhadap operasi seharian syarikat di mana tanggungjawab diserahkan sepenuhnya kepada pembantu beliau Dengan mengamalkan kepimpinan demokratik, En Suzuki akan lebih menglibatkan diri di dalam pembuatan keputusan untuk syarikat.

  1. Penglibatan Diri Dengan Syarikat

- Saya juga akan menasihati En Suzuki supaya lebih melibatkan diri dengan syarikat. Penglibatan beliau bukan sahaya dengan pembuatan keputusan untuk syarikat tetapi juga dengan meningkatkan lagi jumlah kehadiran beliau ke pejabat. Sikap ini sekiranya diterap dapat memotivasikan para pekerja untuk menjadi produktif dan rajin ke tempat kerja.

  1. Mengamalkan komunikasi terbuka

- Seperti yang kita sedia maklum, En Suzuki hanyan bergaul dengan beberapa pegawai di peringkat pengurusan sahaja. Sebagai seorang ketua eksekutif, En Suzuki seharusnya tidak mengamalkan komunikasi secara tetutup. Dengan mengamalkan sikap komunikasi terbuka ini dapat mengubah persepsi En Suzuki terhadap staf bawahanya yang selama ini dianggap hanya berkerja untuk mengejar wang semata-mata. Komunikasi terbuka ini juga dapat membantu En Suzuki mendengar idea atau pandangan-pandangan yang membina dari staf bawahan syarikat.

4. Memberi Arahan atau “Take Charge”

- En Suzuki seharusnya ‘take charge’ terhadap perjalanan operasi syarikat dan bukan menyerahkan tugas tersebut kepada pembantu beliau. Ini kerana sekiranya sikap En Suzuki yang tidak ambil peduli terhadap perjalanan syarikat mungkin akan memakan diri sendiri pada masa hadapan. En Suzuki juga perlu mengawal kuasa yang diberikan kepada pembantunya supaya En Suzuki tidak hilang kawalan di dalam syarikat.


Rujukan

1. Prof. Dr. Ansary Ahmed et. al (2007). Open University Malaysia: BBGO 4103: Gelagat Organisasi. Kuala Lumpur. Meteor Doc Sdn Bhd.

2. Kathryn M. Bartol & David C. Martin (1998). Management. New York. Iriwin McGraw-Hill

3. Stephen P. Robbins; penterjemah Abdul Razak Ibrahim & Ainin Sulaiman (2000). Gelagat Organisasi Edisi Kelapan. Kuala Lumpur. Pearson Education Asia Ptd. Ltd.

4. Ebi Shahrin Sulaiman et. Al (2003). Prinsip Pengurusan. Kuala Lumpur. McGraw-Hill

About these ads

4 Comments

Filed under Uncategorized

4 responses to “BBGO 4103 – Gelagat Organisasi

  1. Beritin ak Empawi

    Dalam sesebuah organisasi gaya kepimpinan autukratik masih lagi relevan mengikut keadaan organisasi ataupun bergantung kepada subordinatnya. Walaupun pendekatan demokratik dan laissez-faire amat digemari oleh pengurus sesebuah organisasi, namun dalam keadaan tertentu pendekatan autokratik mesti diamalkan oleh pengurus. Bagi kedua-dua kajian kes yang dikemukakan (Kes A-En Ottawa dan Kes B-En Suzuki) agak kurang jelas menyatakan hasil produktiviti dan perasaan subordinat dari segi motivasi instrinsik dan ekstrinsik. Telah terbukti bahawa kedua-dua pengurus ini amat berjaya memipin organisasinya dan ini secara langsung merujuk kepada subordinatnya yang cemerlang dan bermotivasi tinggi. Implikasinya di sini ialah ketiga-tiga gaya kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-faire masih relevan mengikut keadaan organisasi. Tidak ada satupun gaya kepimpinan yang terbaik atau paling berkesan di dalam menguruskan sesebuah organisasi. Malahan gaya kepimpinan autokratik sekalipun sesuai digunakan bagi situasi yang berikut:
    Gaya kepimpinan autokratik sesuai diamalkan di dalam situasi-situasi yang berikut iaitu sekiranya kualiti perkhidmatan subordinat yang lemah termasuk pekerja baru, pekerja bermotivasi rendah serta pekerja yang berada di penghujung tempoh perkhidmatan. Pendekatan autokratik juga boleh digunakan terhadap pekerja yang kurang peka dan mempunyai akauntabiliti yang rendah. Seterusnya ialah pekerja yang kurang berperanan dalam perbincangan maka pengurus akan memberi keputusan akhir. Pendekatan autokratik juga boleh digunakan sekiranya saya dalam keadaan terdesak yang mana saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan proses penyeliaan. Walau bagaimanapun, untuk menggunakan pendakatan ini dalam konteks yang sesuai haruslah memerlukan komitmen yang tinggi dalam tugas, ilmu pengetahuan yang luas, mahir serta mempunyai karismatik yang tinggi pada pengurus tersebut. Kesimpulannya, dalam pendekatan autokratik memperlihatkan senario bahawa pengurus lebih dominan untuk menetapkan segala strategi, prosedur, teknik dan perjalanan organisasi. Pekerja bawahan hanya bertanggungjawab untuk menurut arahan dan tunjuk ajar pengurus.

  2. khairul

    Di dalam sesuatu organisasi autocratic leadership masih lagi releven, untuk pasukan keselamatan,polis dan tentera. Ini kerana organisasi ini memerlukan tahap displin yang tinggi. Manakala laissez-faire ‘let it be’ leadership pula sesuai mengurus sekumpulan pekerja yang mahir ,bermotivasi,jujur dan sebagainya, contohnya cara BillGates mengurus pakar-pakar computer di bahagian R&D.

  3. Md Baharin Ash

    Corak penulisan kurang bermutu akademik tetapi lebih condong kepada pandangan peribadi. Bila perbandingan dibuat tentukan format sama digunakan untuk menampakkan kesan perbezaan yg baik.
    Perlu difahami yg cara orang Jepun mengurus syarikat berbeza dengan cara orang Barat mengendalikan syarikat.
    Ramai pengurus2 Malaysia mengamalkan sistem yang lebih teruk daripada yg diketahui dlm amalan pengurusan dan dinamakan ‘pengurusan ikut sesuka hati’.

  4. siso tihan

    pengurus patut melakukan apa yang boleh dilakukan untuk tingkatkan kepuasan kerja bagi pekerja…setuju atau tidak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s