BBFM2104 Pengurusan Kewangan 1

Soalan 1

A. Sesebuah perniagaan kecil dapat memaksimakan keuntungannya sekiranya ia ditubuhkan sebagai sebuah syarikat. Ini kerana dengan menjadikan sebuah syarikat, sesebuah perniagaan itu dapat memperbesarkan skop perniagaannya. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut ialah:

    1. Liabiliti Terhad

- Tanggungan liabiliti yang ditanggung oleh pemilik sesebuah syarikat adalah terhad. Ia bergantung kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik berkenaan sahaja.

    1. Perniagaan bersifat berterusan

- Jangka hayat sesebuah syarikat adalah berterusan selagi syarikat berkenaan masih mempunyai modal. Ini kerana sesebuah syarikat tidak akan tamat operasi walaupun pemiliknya meninggal dunia.

    1. Modal yang besar/banyak

- sesebuah perniagaan boleh memajukan dan memaksimakan keuntungannya kerana ia boleh mendapatkan suntikan modal dengan penjualan saham syarikat. Saham-saham bolehlah diterbitkan kepada orang awam atau kepada syarikat-syarikat lain yang berminat. Ini secara tidak langsung menyuntik modal perniagaan sesebuah syarikat itu dari sebuah perniagaan kecil yang hanya bergantung kepada wang dari pemiliknya.

    1. Pemilikan mudah bertukar milik

- Melalui penubuhan syarikat, pemilikan syarikat itu mudah bertukar sekiranya pemilik atau pemegang saham sudah tidak berminat untuk meneruskan pemilikannya. Saham tersebut boleh dijual kepada pihak yang berminat.


B (i)

TANGUNGJAWAB PENGURUS KEWANGAN

Memperoleh dan menggunakan dana syarikat dan memastikan dana tersebut dapat memaksimumkan nilai dan keuntungan syarikat. Selain itu, pengurus syarikat bertanggunjawab membuat keputusan-keputusan penting terutamanya perlaburan dalam asset syarikat dan bagaimana asset tersebut mendapat pembiayaian. Dalam pada itu, dia juga perlu memikirkan cara terbaik untuk mengurus sumber-sumber syarikat seperti pekerja, mesin, bangunan dan kelengkapan.

PERANAN PENGURUS KEWANGAN

1) Membuat keputusan-keputusan perlaburan dan pembiayaan jangka pendek dan jangka panjang

Perkembangan syarikat yang pesat dapat dilihat melalui peningkatan jualan syarikat secara mendadak. Peningkatan jualan ini memerlukan perlaburan tambahan dalam bentuk inventori dan asset-aset tetap seperti loji dan peralatan. Justeru itu, pengurus kewangan harus menentukan jenis dan kuantiti asset yang perlu dibeli dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Pada masa yang sama, dia juga perlu memikirkan cara terbaik untuk membiayai perlaburan asset tersebut. Contohnya, adakah syarikat mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membeli asset yang diperlukan tersebut. Perlukan syarikat menggunakan pinjaman atau ekuiti bagi membiayai pembelian asset tersebut Apakah impliksi penggunaan hutang jangka pendek atau jangka panjang?

2) Membuat perancangan dan ramalan kewangan

Pengurus kewangan seharusnya membuat perancangan untuk masa hadapan syarikat. Oleh itu, pengurus kewangan perlu bekerjasama dengan pengurus-pengurus dari jabatan-jabatan yang lain dalam syarikat agar perancangan strategik keseluruhan syarikat dapat dilaksanakan bersama. Contohnya, pengurus kewangan membuat ramalan keperluan tunai pada masa hadapan. Dengan adanya perancangan yang cekap pengurus kewangan boleh menganggarkan keperluan tunai syarikat pada masa hadapan.

3) Kawalan Dan Koordinasi

Pengurus kewangan seharusnya berinteraksi dan bekerjasama dengan pengurus-pengurus lain bagi memastikan syarikat beroperasi dengan cekap. Kawalan dan koordinasi yang dijalankan oleh pengurus kewangan adalah penting, terutamanya di dalam syarikat besar yang mempunyai banyak jabatan supaya matlamat organisasi dapat dicapai bersama. Sebagai contohnya, di dalam pengambilan pekerja baru di dalam syarikat, pengurus kewangan akan berhubung dengan pengurus di bahagian sumber manusia bagi memilih calon-calon yang berkelayakan bagi mengisi sesuatu jawatan yang ditawarkan.

4) Berurusan Di Pasaran Saham

Pengurus kewangan turut berperanan di dalam berurusan di pasaran wang dan pasaran modal. Pasaran wang ialah pasaran yang mengendalikan jualan dan belian sekuriti jangka pendek yang mempunyai tempoh matang kurang daripada satu tahun. Sekuriti dalam pasaran wang adalah mempunyai risiko mungkir yang rendah. Manakala pasaran modal ialah pasaran yang mengendalikan jualan dan belian sekuriti jangka panjang yang mempunyai tempoh matang melebihi satu tahun. Sekuriti ini mempunyai risiko yang tinggi kerana sifat jangka yang panjangnya. Oleh yang demikian, pengurus kewangan harus mengikuti perkembangan pasaran kewangan untuk membolehkannya membuat keputusan pembiayaan yang cekap dan berkesan.


B (ii) Profil Pengurus Kewangan di Malaysia

Tan Sri Dato’Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz

Dr.Zeti Akhtar Aziz, warganegara Malaysia dan berusia 59 tahun. Beliau merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) semenjak Mei 2000 hingga sekarang. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Pennsylvania, USA, dengan pengkhususan dalam bidang monetari dan ekonomi antarabangsa.

Dr.Zeti menyertai Jabatan Ekonomi BNM pada tahun 1985 dan dilantik sebagai Setiausaha kepada Lembaga Pengarah BNM pada tahun 1987. Dalam tahun 1989, beliau telah ditugaskan di Pejabat Perwakilan BNM di London sebagai Ketua Perwakilan. Sekembalinya ke Ibu Pejabat dalam tahun 1994, Dr.Zeti telah dilantik sebagai Ketua Ahli Ekonomi dan Ketua Jabatan Ekonomi.

Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Penolong Gabenor BNM dan kemudiannya dalam tahun 1998 dilantik pula sebagai Timbalan Gabenor BNM. Sebelum menyertai BNM Dr.Zeti telah berkhidmat dengan Pusat Penyelidikan dan Latihan SEACEN dari tahun 1979 hingga 1984 sebagai seorang penyelidik ekonomi berkenaan dengan dasar dan reformasi kewangan di Asia Tenggara.

Dr.Zeti adalah ahli Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Pengerusi Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad serta pengarah Khazanah Nasional Berhad. Selain itu, beliau merupakan Pengerusi Institut Bank-Bank Malaysia, Institut Insurans Malaysia, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan, Pusat Penyelidikan dan Latihan SEACEN, Yayasan Sultan Iskandar dan Yayasan Temenggong Abdul Rahman.

Soalan 2

  1. i. Penyata Pendapatan (sila lihat lampiran i)

- Ia mengukur pencapaian operasi syarikat untuk sesuatu tempoh yang selalunya ialah 1 tahun.

- Penyata pendapatan bag Maxis Berhad dimulakan dengan hasil jualan bagi tahun 2005

- Hasil Jualan ini ditolak dengan kos jualan(kos barang dijual) bagi mendapatkan keuntungan kasar syarikat.

- Untung kasar ini ditolak dengan belanja operasi syarikat bagi mendapatkan Untung operasi. Untung operasi ini juga dikenali sebagai untung sebelum faedah atau cukai

- Kos kewangan seperti belanja faedah akan ditolak dengan untung operasi bagi mendapatkan untung sebelum cukai.

- Kemudian untung sebelum cukai ini akan ditolak dengan cukai sebanyak RM839,836,000 bagi mendapatkan untung selepas cukai iaitu sebanyak RM1,639,739,000.


ii. Lembaran Imbangan (sila lihat lampiran 2)

- Lembaran imbangan meringkaskan kedudukan syarikat pada satu tempoh masa tertentu. Ia menunjukan akaun-akaun asset, liability dan ekuiti syarikat. Melalui lembaran imbangan ini, ia mengimbangkan asset syarikat dengan pembiayaannya sama ada dari pemiutang(liability) atau pun pemengang saham/pemilik(ekuiti).

- Bagi Maxis Berhad, jumlah asset syarikat bagi tahun berakhir 31 Disember 2005 ialah RM1,011,967,900. Ia diimbangkan dengan jumlah liability syarikat yang berjumlah RM3, 797,189,000 dan ekuiti syarikat yang berjumlah RM6, 322, 490,000.


ii. Penyata Pendapatan Tertahan

- Penyata ini menunjukkan bagaimana akaun pendapatan tertahan atas lembaran imbangan diselaraskan. Ia diselaraskan antara dua tarikh lembangan yang berbeza. Ia menyelarasakan untung bersih yang dicapai sepanjang tempoh dan sebarang dividen yang dibayar dengna pengan perubahan tertahan antara awal dan akhir tahun.

- Contoh syarikat ABC bermula dengan pendapat tertahan sebanyak RM10,000 pada 31 Disember 2003 atau 1 Januari 2004 dan untung selepas cukai sebanyak RM3,000( data diambil dari penyata pendapatan). Dari keuntungan ini syarikat membayar dividen saham keutamaan sebanyak RM500 dan saham biasa RM1,000. Dengan ini, pendapatan tertahan syarikat meningkat dari RM10,000 kepada RM11,500 pada 31 Disember 2004.

Syarikat ABC

Penyata Pendapatan Tertahan

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2004

Pendapatan tertahan, 1 Januari 2004 RM10,000

+ Untung bersih (sepanjang tahun 2004) RM3,000

- Dividen dibayar (sepanjang tahun 2004)

Saham Keutamaan RM500

Saham Biasa RM1,000

Jumlah dividen dibayar RM1,500

Pendapat Tertahan, 31 Disember 2004 RM11,500


iv. Penyata Aliran Tunai (sila lihat lampiran 3)

Penyata ini menunjukkan bagaimana aktiviti-aktiviti syarikat seperti operasi, pembiayaan, dan pelaburan mempengaruhi kedudukan tunai dan sekuriti boleh pasar syarikat. Ia meringkaskan aliran tunai sepanjang satu tempoh masa yang lazimnya bagi tahun berakhir. Data diambil dari lembaran imbangan dan penyata pendapatan.

Ia membantu pengurus kewangan untuk menilai kebolehan syarikat menghasilkan alirang tunai yang positif dan menilai kebolehan syarikat untuk menjelaskan hutang, membayar dividend an memberi pinjaman.

Ia terbahagi kepada 3 aktiviti utama di dalam penyata ini iaitu

1. aktiviti operasi (merujuk kepada aktiviti yang berhubung secara langsung dengan pengeluaran produk dan jualan dan perkhidmatan syarikat seperti upah, gaji, belanja sewa/utility dan jualan/belian barang.)

2. aktiviti pelaburan (aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan belian dan jualan asset jangka panjang seperti pembelian dan penjualan asset tetap, pembelian saham dan bon serta memberi pinjaman kepad entity lain)

3. aktiviti pembiayaan (aktiviti yang berkaitan dengan liability semasa dan jangka panjang dan ekuiti pemilik seperti pembayaran semula pinjaman jangka pendek dan jangka panjang dan pembelian semula saham)


  1. Kami telah memilih laporan penyata kewangan bagi Maxis Bhd bagi tahun berakhir 31 Disember 2006 sebagai rujukan bagi tugasan ini. Kesemua angka diringkaskan kepada RM”000 juta.

i. Nisbah Hutang

- nisbah ini mengukur peratusan jumlah asset yang dibiayai dengan hutang

-

X100

Jumlah Liabiliti

Jumlah Aset

-

X100

3,797,189

1,011,967,9

- 37.5%

- Purata industri = 64.56%

Ulasan: Nibah hutang Maxis Bhd yang berjumlah 37.5% iaitu kurang dari purata industri yang berjumlah 64.56% menunjukkan bahawa nisbah Maxis adalah rendah dan ini memberikan Maxis lebih tinggi perlindungan kerugian pemiutang. Pemiutang juga yakin memberi pembiayaan atau pinjaman kepada Maxis berbading syarikat-syarikat lain kerana nisbah hutang Maxis adalah rendah berbanding dengan purata industri. Dari segi pengurusan Maxis pula, kita dapat menggangap bahawa mereka gemar menerbitkan ekuiti baru bagi membiayai syarikat.

ii. Nisbah Semasa

- Nisbah ini mengukur kemampuan syarikat memenuhi tuntutan pinjaman jangka dengan menggunakan asset semasa.

- Aset Semasa

Liabiliti semasa

- 4,164,439

2,744,955

- 1.52

- Purata Industri = 0.34

Ulasan: Nisbah semasa Maxis adalah tinggi berbanding dari purata industri menunjukkan keupayaan syarikat untuk menjelaskan hutang jangka pendek dengan asset semasa. Ia menunjukkan bahawa Maxis mempunyai RM1.52 aset semasa untuk menjelaskan liability semasa mereka.


iii. Modal Kerja Bersih

- Ia mengukur dana yang dimiliki syarikat dalam menguruskan operasi harian syarikat

- Aset Semasa - Liabiliti Semasa

- 4,164,439 – 2,744,955

- 1,419,484

- Purata Industri = 2,690,000

Ulasan: Modal kerja bersih Maxis adalah lebih rendah daripada purata industri. Ini menunjukkan bahawa Maxis tidak berupaya untuk mnjelaskan hutang jangka pendeknya dan tidak mempunyai dana lebihan di dalam menguruskan operasi harian syarikat.

iv. Nisbah Hutang Ekuiti

- Ia mengukur jumlah hutang jangka panjang syarikat dengan setiap ringgit ekuiti

-

X100

Liabiliti Jangka Panjang

Ekuiti Pemegang Saham

-

X100

1,052,234

6,082,667

- 17.3%

- Purata industri= 18.4%

Ulasan: Ini menunjukkan bahawa hutang jangka panjang Maxis sebanyak 17.3% adalah lebih rendah berbanding dengan ekuiti pemegang saham.


Bibliografi

  1. http://www.maxis.com.my

  1. http://www.khazanah.com.my/leadership.htm

  1. http://www.tm.com.my

  1. http://www.digi.com.my

  1. http://www.cagamas.com.my

6. Profesor Madya Dr. Yusnidah Ibrahim et. all(2006). Open University Malaysia: Pengurusan Kewangan 1 BBFM 2104. Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.


About these ads

2 Comments

Filed under Uncategorized

2 responses to “BBFM2104 Pengurusan Kewangan 1

  1. cha

    boleh tolong cha?
    cha sekarang nak tahu apa itu ”t0tal asset t0 t0tal liabilities”?
    in malay ok,
    c0z this wednesday cha ade presentati0n on the account kls.
    please help me!!

  2. fadzli fadzil

    total asset to total liabilities… thats mean is, if i dont mistake its invloved in economy right..?. its balance of payment determined by current assets position n measured by balance of total asset to total liabilities..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s